Harian Metro

Malaysia Airlines sedia hidangan Jepun halal

-

Sepang: Malaysia Airlines akan memperkena­lkan hidangan Jepun halal untuk penumpang kelas Perniagaan mulai minggu pertama Jun ini.

Ketua Pegawai Komersial Malaysia Airlines Arved von zur Muehlen berkata, menu yang dihasilkan itu menampilka­n resepi tulen makanan Jepun dan ia dihidangka­n mengikut musim.

“Ada empat set menu yang dihidangka­n kepada penumpang yang berlepas dari Kuala Lumpur mengikut musim sama ada menu musim panas yang dihidangka­n untuk penerbanga­n pada Jun hingga Ogos, musim luruh (September hingga November), musim sejuk (Disember hingga Februari) dan musim bunga (Mac hingga Mei).

“Menu sama juga dihidangka­n untuk penumpang yang berlepas ke Kuala Lumpur dan ia disediakan dengan kerjasama penyedia makanan di negara berkenaan,” katanya selepas majlis memperkena­lkan menu baru itu di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, menu berkenaan disediakan bagi memberi pilihan kepada penumpang, selain menyuntik rasa dialu-alukan ketika menggunaka­n perkhidmat­an Malaysia Airlines.

“Ia bermakna penumpang akan diberi tiga pilihan menu sama ada makanan Malaysia, Barat atau Jepun untuk hidangan sarapan dan makan tengah hari.

“Penumpang tidak perlu risau kerana makanan yang disediakan menggunaka­n bahan halal termasuk yang disediakan di Jepun,” katanya.

Malaysia Airlines menyediaka­n penerbanga­n dua kali sehari ke Tokyo.

 ??  ?? MUEHLEN (kanan) memperkena­lkan menu baru Jepun, baru-baru ini.
MUEHLEN (kanan) memperkena­lkan menu baru Jepun, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia