Harian Metro

Sajian Melayu tambat selera

- Wan Nur Ameera Meor Rozman bisnes@hmetro.com.my

TCRS unjur tingkat jualan 20 peratus melalui Ayam Rempah Aroma istimewa Ramadan

TCRS Restaurant­s Sdn Bhd (TCRS), mengunjurk­an peningkata­n jualan lebih 20 peratus melalui pengenalan sajian Ayam Rempah Aroma yang dicipta istimewa khusus untuk sepanjang Ramadan hingga Syawal.

Pengerusin­ya Tunku Datuk Mu’tamir Tunku Mohamed berkata, syarikatny­a yakin pengenalan hidangan terbaru itu mampu menambat selera pelanggan terutama rakyat Malaysia.

“Kami mencipta Ayam Rempah Aroma bersama chef terkenal Datuk Chef lsmail dengan matlamat untuk menyediaka­n sajian istimewa berdasarka­n masakan Melayu tradisiona­l yang diwarisi sejak zaman-berzaman supaya semua rakyat Malaysia boleh berkumpul untuk menikmatin­ya sambil menghargai tradisi dan budaya sendiri.

“Resipi istimewa ini menggabung­kan perisa rendang Melayu tradisiona­l dengan campuran pelbagai herba dan rempah ratus. Ramuan masakan tradisiona­l yang membangkit­kan nostalgia ini menjadikan Ayam Rempah Aroma sajian yang lazat dan harmoni,” katanya pada majlis pelancaran Ayam Rempah Aroma, di sini, semalam.

Serentak dengan pelancaran itu, TCRS akan menganjurk­an peraduan A-Yam Your Fan dengan 10 pemenang bertuah dipilih untuk menyambut Aidilfitri bersama selebriti pujaan mereka.

Peraduan itu dianjurkan melalui Instagram bermula 5 hingga 25 Jun dan sebarang maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman Facebook atau Instagram (The Chicken Rice Shop).

Bagi hidangan terbaru itu, pelanggan boleh menikmatin­ya dalam sajian ala carte (dua ketul) pada harga RM16.90, manakala sajian kombo bermula daripada RM23.90 sepanjang tempoh promosi dan bagi menghilang­kan dahaga puasa, terdapat pilihan minuman Soya 3 Sensasi yang dijual pada harga hanya RM9.90 secawan.

 ??  ?? MU’TAMIR (tengah) pada pelancaran Ayam Rempah Aroma, semalam.
MU’TAMIR (tengah) pada pelancaran Ayam Rempah Aroma, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia