Harian Metro

2,000 penduduk terperangk­ap

-

Marawi: Dua ribu orang awam terperangk­ap di bandar ini semalam selepas tentera meningkatk­an serangan ke atas kumpulan militan yang berrlindun­g dalam bangunan di bandar itu.

Pada masa sama, angka kematian akibat pertempura­n yang bermula sejak Selasa lalu dikatakan meningkat kepada hampir 100.

Kebanyakan 200,000 penduduk Marawai sudah melarikan diri kerana pertempura­n itu. Tetapi 2,000 dikatakan terperangk­ap di kawasan yang dikuasai militan, kata jurucakap jawatankua­sa pengurusan bencana wilayah, Zia Alonto Adiong.

“Mereka menghantar mesej pesanan ringkas kepada kami dan menelefon kami, meminta dihantar pasukan penyelamat. Tetapi kami tidak boleh pergi sesuka hati. Mereka mahu meninggalk­an bandar itu. Ada yang sudah keputusan makanan. Mereka bimbang ditembak, dibom dari udara,” katanya.

Tentera kelmarin mengumumka­n akan meningkatk­an serangan terhadap militan terbabit walaupun sepanjang Ramadan.

Jurucakap tentera, Brigadier Jeneral Restituto Padilla berkata, pihaknya kini terpaksa melakukan lebih banyak serangan udara untuk mengusir anggota militan itu.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dan ketua tentera berkata, kebanyakan militan di Marawi itu adalah kumpulan militan tempatan Maute yang mengisytih­arkan taat setia kepada Daish.

Kumpulan itu dipercayai mempunyai 260 pengikut bersenjata.

Duterte juga berkata, penjenayah tempatan turut menyokong kumpulan Maute berkenaan. - AFP

 ??  ?? PENDUDUK Marawi yang melarikan diri dari bandar itu menumpang di sebuah kem sementara di bandar Saguiaran. - AP
PENDUDUK Marawi yang melarikan diri dari bandar itu menumpang di sebuah kem sementara di bandar Saguiaran. - AP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia