Harian Metro

10 jemaah Tabligh Indonesia terselamat

-

Marawi: Sebelas warga Indonesia dipindahka­n dari Bandar Marawi, ibu negeri wilayah Lanao del Sur di selatan Filipina, tempat pertempura­n sengit berlaku antara tentera dengan kumpulan yang ada hubungan dengan Daish.

Jurucakap kementeria­n luar, Arrmanatha Nasir berkata, 10 daripada yang dipindahka­n itu ialah anggota jemaah Tabligh dari Bandung, Jawa Barat.

Mereka yang menjalanka­n kerja agama berada di bandar Marawi beberapa hari sebelum pertempura­n meletus Selasa lalu.

Menurut Arrmanatha 10 anggota jemaah Tabligh itu menjadi tetamu seorang warga Indonesia, Yusuf, yang berkahwin dengan seorang penduduk tempatan dan menetap di Marawi sejak beberapa tahun lalu.

“Setakat ini, tidak ada bukti menunjukka­n pembabitan mereka dengan kumpulan Maute, Daish atau militan lain yang terbabit dalam pertempura­n di Marawi,” kata Arrmanatha.

Jurucakap Pejabat Imigresen, Agung Sampurno berkata, 10 anggota jemaah itu menjalanka­n usaha agama di Masjid Abu Bakar As-Siddiq di Kampung Barangay Basak Malutlut selepas memaklumka­n mengenai kegiatan mereka kepada pihak berkuasa tempatan.

“Apabila pertempura­n meletus, mereka serta-merta dipindahka­n ke sebuah masjid yang lebih hampir dengan balai polis,” katanya.

Menurut Agung, semua 11 rakyat Indonesia itu kini berada di luar zon konflik di Marawi dan di bawah perlindung­an polis.

Pejabat Imigresen dan Konsul Indonesia di Davos menggesa mereka pulang tetapi jemaah tabligh itu belum membuat keputusan. - Agensi

 ??  ?? SEBAHAGIAN jemaah Tabligh yang berada di Marawi selepas keluar dari zon konflik. - EPA
SEBAHAGIAN jemaah Tabligh yang berada di Marawi selepas keluar dari zon konflik. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia