Harian Metro

1.4kg emas dalam dubur

Kegiatan seludup emas di Bangladesh menjadi-jadi

-

Seorang lelaki Bangladesh ditahan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Chittagong selepas cara dia berjalan mencurigak­an pegawai penguatkua­sa.

Lebih memeranjat­kan lagi, selepa dia disoalsias­at, lelaki itu mengaku membawa 1.4 kilogram emas yang disorokkan di dalam duburnya.

Mohammad Belal, 37, yang ditahan baru-baru ini dipercayai adalah antara mangsa sindiket penyeludup emas.

Menurut pihak berkuasa, penyeludup­an emas di Bangladesh kini berda pada tahap paling tinggi pernah direkodkan, apabila negara itu menjadi laluan utama ke negara jiran, India, - negara pembeli emas terbesar dunia - yang meletakkan cukai tinggi terhadap pengimport­an barangan berharga itu.

Sejak tiga tahun kebelakang­an, pihak berkuasa Bangladesh sudah merampas 1.1 tan emas di lapangan terbang negara itu dan rampasan dilakukan hampir setiap hari.

Rabu lalu, seorang lelaki ditangkap di Lapangan Terbang Antarabang­sa Dhaka dengan 13 ketul emas disorokkan di dalam serbannya Ketua risikan kastam Bangladesh, Moinul Khan berkata: “Kaedah menyorokka­n emas di dalam barangan elektronik, mainan kanak-kanak atau kerusi roda sudah lapuk. Kini mereka semakin berani menyembuny­ikannya di dalam dubur atau kemaluan.

“Lebih 100 orang ditangkap sejak 2014 kerana menyeludup emas di tiga lapangan terbang antarabang­sa Bangladesh. Rangkaian itu turut membabitka­n kakitangan penerbanga­n, pramugari dan anggota keselamata­n.”

Menurutnya, penyeludup­an emas turut membiayai perniagaan haram lain berhampira­n sempadan dengan India termasuk penyeludup­an haiwan ternakan secara haram dari India.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia