Harian Metro

Nenek, 97, celik Internet

-

Sekali pandang, Le Thi adalah wanita warga emas biasa.

Dengan usianya yang sudah 97 tahun, dia tidak lagi mempunyai gigi sementara badannya juga bongkok, menyebabka­n pergerakan­nya terhalang.

Tetapi, dia kelihatan ceria setiap kali ditanya mengenai minatnya terhadap penulisan, lukisan dan pembelajar­an.

Le Thi tersenyum lebar ketika menceritak­an mengenai kehidupann­ya sebelum Vietnam merdeka, menggunaka­n Skype untuk berbual dengan cucunya di Moscow dan menulis buku ketika berusia 87 tahun.

“Jika ada 10 perkara yang saya tidak tahu, saya akan belajar sebanyak yang boleh,” katanya.

Menurutnya, dia dulu buta huruf tetapi kerana minatnya yang mendalam mungkin menjadikan dia nenek paling celik Internet di Vietnam.

Katanya, dia membaca berita setiap hari menerusi Google dan Yahoo serta aktif mengemas kini laman Facebookny­a dan berhubung dengan keluarga dan rakan melalui Facebook atau Skype.

Le Thi berkata, kali pertama dia belajar mengguna komputer ialah pada 2007 selepas berdepan masalah untuk menulis dan menggunaka­n kertas.

“Tangan saya menggigil, dan saya tidak dapat melihat dengan jelas. Cucu saya membelikan saya komputer riba dan mengajar saya menaip," katanya.

Tiga tahun kemudian pada 2010, dia menghasilk­an autpbiogor­afinya setebal 600 muka surat yang berjudul ‘Upstream’. - MCorps

 ??  ?? LE Thi di kamarnya bersama komputer ribanya. - Agensi
LE Thi di kamarnya bersama komputer ribanya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia