Harian Metro

Kerala cabar pengharama­n sembelih lembu

-

Sebuah negeri di selatan India semalam mengumumka­n ia akan mencabar pengharama­n penjualan lembu untuk disembelih oleh kerajaan persekutua­n pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi di Mahkamah Agung.

Lembu dianggap suci oleh penganut Hindu dan pemimpin nasionalis Hindu itu meningkatk­an langkah untuk melindungi haiwan berkenaan sejak mula berkuasa pada 2014.

Jumaat lalu, Kementeria­n Alam Sekitar India mengeluark­an arahan mengharamk­an urusan jual beli lembu dengan tujuan untuk disembelih.

Pengharama­n itu berkuatkua­sa di seluruh negara.

“Kami akan membawa kes ini ke Mahkamah Agung minggu depan,” kata Menteri Pertanian Kerala, VS Sunil Kumar. - AFP

London: Pihak berkuasa Britain masih memburu suspek berkaitan dengan pengeboman di Manchester dan mempercaya­i anggota rangkaian penyerangn­ya, Salman Abedi masih berkeliara­n.

Setiausaha Dalam Negeri Amber Rudd berkata, operasi memburu mereka masih diteruskan manakala polis berkata, 1,000 orang terbabit dalam siasatan untuk mencari rakan subahat Salman selain menjejaki pergerakan­nya pada hari-hari menjelang serangan minggu lalu.

“Sehingga operasi diselesaik­an, kami tidak menganggap siasatan ini dihentikan,” kata Amber.

Salman, 22, lelaki tempatan berketurun­an Libya, membunuh 22 orang dan dirinya sendiri dalam serangan 22 Mei lalu ketika konsert penyanyi pop, Ariana Grande di Manchester Arena.

Setakat ini polis menahan 11 suspek termasuk abang Salman, Ismail, selain menyerbu beberapa kediaman di bandar di barat laut England itu. Bapa dan seorang adik Salman ditahan di Libya.

Sabtu lalu, Britain menurunkan amaran tahap keganasann­ya daripada ‘kritikal’ selepas polis berkata, sebahagian besar rangkaian Salman berjaya dipatahkan.

Polis turut menyiarkan rakaman kamera Salman pada malam kejadian dan merayu pihak berkenaan membekalka­n lebih banyak maklumat mengenai hari-hari terakhirny­a.

Menurut polis, dia kembali ke Manchester dari Libya pada 18 Mei lalu dan dipercayai menyiapkan bomnya di sebuah apartmen di tengah Manchester.

Gambar turut menunjukka­n Salman ketika beberapa jam sebelum serangan itu, memakai seluar jeans, jaket dan topi besbol serta membawa beg galas.

Sementara itu, kawalan keselamata­n ditingkatk­an di seluruh Britain semalam, termasuk untuk acara Larian Great Manchester yang turut melihat kehadiran polis bersenjata lengkap. - AP

 ??  ?? SEORANG anggota polis mengawal di garisan permulaan acara Larian Great Manchester di tengah Manchester, England, semalam. - AP
SEORANG anggota polis mengawal di garisan permulaan acara Larian Great Manchester di tengah Manchester, England, semalam. - AP
 ??  ?? AKTIVIS Hindu menunjuk perasaan membantah penyembeli­han lembu di New Delhi, India, semalam. - EPA
AKTIVIS Hindu menunjuk perasaan membantah penyembeli­han lembu di New Delhi, India, semalam. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia