Harian Metro

Zulfadli tak sabar beraksi di Glasgow

-

Kuala Lumpur: Selepas mendapat lampu hijau Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Zulfadli Zulkiffli

(gambar) tidak sabar untuk memperagak­an aksi terbaik dalam penampilan keduanya pada Kejohanan Dunia di Glasgow, Ogos depan.

Bekas juara remaja dunia itu mengakui amat gembira kerana buat kali kedua berturut-turut layak secara merit beraksi di kejohanan berkenaan dan paling penting mendapat restu dari badan induk bagi mewakili negara.

“Ya memang saya akan pergi beraksi pada Kejohanan Dunia dan saya bersyukur kerana dapat melayakkan diri buat kali kedua. Saya akan melakukan persediaan rapi dan buat yang terbaik di sana,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Zulfadli berjaya menempatka­n diri sebagai pemain perseorang­an lelaki kedua terbaik negara sebelum berakhir kelayakan ke Kejohanan Dunia dan akan mewakili negara bersama Datuk Lee Chong Wei.

“Saya tidak boleh memberi sebarang komen mengenai peluang ataupun sasaran di sana kerana ia bergantung kepada undian saingan nanti. Saya akui undian memberikan peranan penting buat mana-mana pemain terutama di kejohanan besar seperti ini,” katanya yang muncul juara remaja dunia pada 2011.

Pada aksi sulung di Jakarta, Zulfadli berjaya mara hingga ke pusingan ketiga, selepas menumpaska­n pilihan keenam dari Taiwan, Chou Tien Chen di pusingan pertama, sebelum menjinakka­n wakil Ireland, Scott Evans di pusingan kedua namun tersingkir di pusingan ketiga apabila kalah di tangan Wei Nan dari Hong Kong.

“Ahad ini (semalam) saya ke Bangkok untuk menyertai Terbuka Thailand. Selepas itu saya akan mengambil bahagian di Terbuka Indonesia dan Australia. Selepas itu saya dijadualka­n untuk menyertai Terbuka Amerika Syarikat dan Kanada Julai depan.”

Ranking dunia yang dikeluarka­n Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) minggu lalu menyaksika­n Zulfadli menduduki tangga ke-31, melonjak dua anak tangga.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia