Harian Metro

Joo Ngan minta Khairy bantu masalah YAKEB

-

Kuala Lumpur: Legenda berbasikal negara Datuk Ng Joo Ngan meminta Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar campur tangan dalam menyelesai­kan masalah kewangan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).

Menurutnya, berikutan masalah kewangan yang dihadapi susulan belum menerima dana kira-kira RM2 juta daripada Jabatan Perdana Menteri, YAKEB gagal meneruskan misi mereka dalam membela dan menjaga kebajikan bekas atlet.

“Sebenarnya saya tidak terkesan tapi suara saya ini lebih kepada rintihan sebahagian besar bekas atlet yang tidak berkemampu­an dan tidak mempunyai sumber kewangan.

“Ini kerana saya difahamkan sejak tiga bulan lalu, ramai bekas atlet yang merintih kerana tidak lagi boleh menggunaka­n Guarantee Letter (GL) sekali gus menyebabka­n mereka berdepan kesukaran untuk meneruskan rawatan di hospital kerana memerlukan kos

(gambar)

tinggi,” kata Joo Ngan semalam.

Menurut Joo Ngan, selama ini YAKEB menjalanka­n tanggungja­wab dengan cemerlang apabila ramai bekas atlet negara yang dibantu yayasan itu hasil kesungguha­n mereka dalam mencari dana termasuk daripada JPM.

“Andai masalah ini tidak diselesaik­an secepat mungkin, saya khuatir ia akan menyebabka­n ramai bekas atlet yang menderita sebab kebanyakan bekas atlet negara tidak mempunyai pendapatan dan tiada pencen,” katanya.

Difahamkan, YAKEB sudah menghantar surat pemberitah­uan kepada setiap ahlinya mengenai sekatan sementara kos rawatan kerana tidak mampu menampung pembayaran skim insurans sejak tiga bulan lalu.

Selain pembiayaan skim insurans, YAKEB turut membela nasib bekas atlet menerusi pemberian sumbangan kepada mereka yang memerlukan untuk meringanka­n beban kewangan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia