Harian Metro

Vettel unggul takluk Monaco Wawrinka jagoan tanah liat

- AP

Sebastian Vettel menewaskan rakan sepasukan Ferrari Kimi Raikkonen untuk menjuarai Grand Prix Monaco dan meletakkan dirinya dalam kedudukan selesa sebagai pendahulu kejuaraan.

Ia kemenangan ketiga buat juara empat kali Formula Satu itu musim ini dan ke-45 sepanjang karier, selain kemenangan pertama Ferrari di

Monaco sejak Michael Schumacher pada 2001.

Pemandu Red

Bull Daniel Ricciardo menamatkan perlumbaan di tangga ketiga di depan pelumba Mercedes Valtteri

Bottas.

Pencabar gelaran Lewis

Hamilton

bar)

(gam-

yang memandu Mercedes mencuba sebaik mungkin untuk menamatkan perlumbaan di tangga ketujuh selepas bermula dari petak ke-14.

Kemenangan Vettel membolehka­nnya mendahului Hamilton dengan perbezaan 25 mata.

Raikkonen yang bermula dari petak pertama buat kali pertama dalam tempoh sembilan tahun, dengan Vettel berada di barisan hadapan.

Perlumbaan itu turut menyaksika­n pelanggara­n di antara Jenson Button dan Pascal Wehrlein yang menyebabka­n perlumbaan diiringi kereta keselamata­n berbaki 17 pusingan.

Button yang menggantik­an Fernando Alonso untuk perlumbaan ini bersama McLaren berlanggar dengan Wehrlein pada pusingan ke-68.

Ia detik yang menakutkan buat Wehrlein yang melambung dan terbabas ke penghadang, menyebabka­n pelumba Jerman itu tersekat di kokpit sebelum diselamatk­an pegawai perlumbaan. Geneva: Pilihan utama Stanislas Wawrinka mempertaha­nkan gelaran kejohanan gelanggang tanah liat Geneva, bangkit daripada ketinggala­n satu set untuk mengetepik­an cabaran pemain Jerman Mischa Zverev 4-6, 6-3, 6-3.

Trofi pertama musim ini buat pemain nombor tiga dunia berusia 32 tahun dari Switzerlan­d itu memberi motivasi menjelang Terbuka Perancis yang dijuarainy­a pada 2015 dan akan memulakan kempen itu menentang pemain Slovakia Jozef Kovalik hari ini.

“Saya amat gembira dengan gelaran kedua saya di Switzerlan­d. Ia sungguh bermakna buat saya. Ini kali pertama anak perempuan saya berada di stadium apabila saya menjuarai

(gambar)

gelaran dan ia menjadikan­nya sungguh istimewa,” kata Wawrinka.

Selepas tewas set pertama kepada pemain dari pusingan kelayakan Zverev, abang Alexander Zverev yang mengejutka­n Novak Djokovic pada final Masters Rome, Wawrinka juara Grand Slam tiga kali itu memerlukan dua jam 20 minit sebelum mencatat kemenangan.

“Tahapnya begitu he-

>>Kali terakhir Ferrari menang di Monaco melalui Michael Schumacher pada 2001  Raih kemenangan ketiga musim ini selepas ketepikan cabaran hebat Raikkonen

bat hari ini. Saya fikir ia final yang hebat. Mischa bermain dengan begitu baik dan mungkin saya berdepan masalah pada awal permainan,” kata pemain Switzerlan­d itu.

“Saya gembira dapat bangkit pada set kedua dan berjaya mengubah rentak perlawanan.” AFP

 ??  ?? VETTEL puas kucup trofi kemenangan.
VETTEL puas kucup trofi kemenangan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia