Harian Metro

Simpson pendahulu saingan

-

Los Angeles, AS: Bekas juara Terbuka AS Webb Simpson

berjaya meloloskan diri daripada kelompok pemain semalam, dengan tiga bawah par 67 untuk mendahului saingan menjelang pusingan akhir kejohanan Colonial.

Pemain Amerika Syarikat berusia 31 tahun itu mendahului pemain England Paul Casey dan Danny Lee dari New Zealand dengan kelebihan dua pukulan selepas tiga pusingan di lapangan Colonial Country Club, Fort Worth, Texas.

Simpson, yang menjuarai Terbuka AS 2012, mengumpul sembilan bawah par 201 untuk meloloskan diri daripada kelompok empat pemain

(gambar)

dan mendahului saingan selepas 54 lubang.

“Perkara terhebat bagi saya adalah semua pukulan jatuh di fairway,” kata Simpson.

“Apabila anda mula memukul bola dari kawasan rough anda mula berteka-teki, memikirkan bagaimana untuk melepasiny­a dan juga keadaan angin.

“Sekurang-kurangnya anda mampu mengawalny­a di fairway jadi itulah sebabnya mengapa ia nampak begitu mudah. Saya tidak rasa ia mudah. Suhu 100 darjah di luar sana. Kami cuba untuk bertahan.”

Casey mencatat dua bawah par 68 manakala Lee mencatat satu bawah par 69 untuk berkongsi tempat ke- dua selepas mendahului saingan dengan Simpson dan dua lagi pemain kelmarin.

Dua pemain AS Stewart Cink (66) dan Kevin Kisner (70) berkongsi tempat keempat manakala pemain Sepanyol Jon Rahm dan seorang lagi pemain AS Sean O’Hair kedua-duanya berkongsi 70 pukulan untuk mengumpul lima bawah par 205, empat pukulan ketinggala­n berbanding Simpson.

Simpson kini memburu kemenangan keempat dalam Jelajah PGA AS selepas menjulang Terbuka AS dan kemenangan Kejuaraan Wyndham 2011, Kejuaraan Dell Technologi­es 2011 dan Terbuka Shriners 2014. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia