Harian Metro

‘Messi macam makhluk asing’

- AFP

 Enrique puji aksi cemerlang tonggak bantu Barca pertahan Piala Raja Sepanyol

Aksi luar biasa Lionel Messi membantu meraih trofi untuk mengakhiri kempen Barcelona selain hadiah perpisahan istimewa buat jurulatih Luis Enrique apabila kelab Catalunya itu mempertaha­nkan gelaran Piala Raja Sepanyol dengan kemenangan 3-1 ke atas Alaves, awal pagi semalam.

Messi membuka jaringan dan kemudianny­a membantu jaringan Neymar dan Paco Alcacer membolehka­n Barca menjulang gelaran itu buat kali ke-29 selepas sepakan percuma Theo Hernandez membolehka­n Alaves menyamakan kedudukan buat seketika.

Kemenangan itu bermakna Enrique mengakhiri tugasnya selepas tiga tahun dengan menjulang sembilan trofi termasuk piala setiap tahun kendaliann­ya.

Bagaimanap­un, Messi sekali lagi memberi inspirasi buat Barca untuk bangkit daripada kekecewaan akibat kehilangan gelaran La Liga kepada Real Madrid hujung minggu lalu dengan aksi solo menakjubka­n.

“Dia luar biasa, seperti mahluk asing,” kata Enrique mengenai Messi.

“Saya berpeluang menikmati aksi terbaik Messi pada tahap kemuncakny­a.

“Dia pemain nombor satu ketika beraksi dan ia satu penghormat­an buat saya.”

Pengurus Alaves Mauricio Pellegrino turut kagum dengan Pemain Terbaik Tahunan Dunia lima kali itu.

“Dia seorang pemain luar biasa,” ujar Pellegrino.

“Dia mempunyai kemahiran mencipta jaringan selain menjaringk­annya dengan ketepatan hantaranny­a.”

Barca kehilangan khidmat Luis Suarez dan Sergi Roberto yang digantung perlawanan dan Enrique terpaksa merombak pasukannya selepas 11 minit apabila Javier Mascherano dikeluarka­n akibat kecederaan kepala.

 ??  ?? ENRIQUE ceria julang Piala Raja Sepanyol.
ENRIQUE ceria julang Piala Raja Sepanyol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia