Harian Metro

GUNNERS LUAR BIASA

- AFP

London

Aaron Ramsey menanduk masuk jaringan pada minit ke-79 untuk memberikan Arsenal kemenangan mengejutka­n 2-1 ke atas Chelsea yang memburu gelaran berganda selain membolehka­n pengurus Arsene Wenger melakar rekod Piala FA ketujuh.

Wenger dikecam penyokong sendiri dan gagal layak ke Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun tetapi menamatkan musim ini dengan mengatasi bekas pengurus Aston Villa George Ramsey sebagai pengurus terhebat Piala FA.

Jaringan pembukaan Alexis Sanchez (gambar) buat Arsenal disahkan biarpun dilihat terkena tangan sebelum jaringan penyamaan Diego Costa, namun Ramsey segera bangkit untuk gol kemenangan kedua Piala FA sepanjang kariernya.

“Pasukan ini sudah cukup menderita,” kata Wenger. “Mereka bersatu dan bangkit. Mereka mempamerka­n kekuatan dan kesepakata­n dan mempamerka­n aksi luar biasa hari ini.

“Saya bangga menang piala ini tujuh kali.”

Arsenal yang berdepan isu pemilihan pemain pertahanan, menjulang Piala FA ketiga dalam empat musim dan ke-13 keseluruha­nnya, menjadikan mereka pasukan paling berjaya dalam sejarah pertanding­an itu berbanding Manchester United.

Skuad Chelsea kendalian

Antonio

Conte yang kehilangan

Victor Moses selepas dibuang padang kerana kad kuning keduanya selepas menjatuhka­n diri, gagal dalam percubaan menjulang Liga Perdana Inggeris dan Piala FA buat kali kedua.

Ini bermakna tiada hadiah perpisahan istimewa buat kapten John Terry yang meninggalk­an kelab itu selepas 717 penampilan dan 17 gelaran utama dan menghabisk­an sepanjang perlawanan di bangku simpanan.

Kemenangan itu akan memberi kelebihan buat Wenger yang masa depannya akan ditentukan menerusi mesyuarat lembaga esok dan membolehka­nnya membela diri dalam musim paling mencabar sepanjang 21 tahun di kelab itu.

Beliau dilaporkan ditawarkan kontrak dua tahun dan biarpun kecaman terhadapny­a memuncak musim ini, kemenangan pasukannya sudah pasti akan memenangi kembali

 Gol Ramsey bawa Arsenal julang trofi Piala FA ke-13, rencat hajat Chelsea buru gelaran berganda musim ini

sebahagian peminat yang tidak berpuas hati.

Ramsey berkata: “Sudah tentu saya mahu beliau terus kekal di kelab ini. Beliau berhak meneruskan­nya.”

 ??  ?? PEMAIN Arsenal meraikan jaringan Ramsey (kanan).
PEMAIN Arsenal meraikan jaringan Ramsey (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia