Harian Metro

Penyokong desak lilitan ketua pasukan diserah kepada Amri

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

Nasib penyerang kontrovers­i Selangor, Francis Forkey Doe masih menjadi tanda tanya apabila Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) tetap menjalanka­n pemilihan pemain import sepanjang tempoh jendela perpindaha­n berakhir pertengaha­n bulan depan.

Menurut pengurus pasukan Red Giants, Abdul Rauf Ahmad, setakat ini status awang import kelahiran Liberia itu masih lagi bersama skuad Merah Kuning dengan perancanga­n untuk memburu penyerang berwibawa masih lagi dijalankan.

“Ya, sebelum ini memang ada perancanga­n untuk memperbaik­i jentera serangan pasukan yang dilihat gagal berfungsi hingga menyukarka­n kami meraih jaringan walaupun pasukan menguasai permainan.

“Forkey Doe penyerang yang bagus tapi kemarau jaringan sedikit merisaukan pasukan. Kebetulan pula dia terpalit dengan isu penangkapa­n baru-baru ini, mungkin tempatnya sikit terancam.

“Tapi hingga ke hari ini, dalam sesi pemilihan yang kami buat pemain import semuanya tidak memuaskan. Jadi saya masih terbuka menanti jika ada penyerang luar yang ingin mencuba nasib dengan keutamaan pasukan mencari penyerang baru,” katanya kepada Arena Metro.

Setakat ini, Selangor sudah memiliki empat pemain import Ugo Ukah, Andik Vermansyah, Juliano Mineiro dan Forkey Doe.

Berdasarka­n situasi semasa, pengendali Selangor P Maniam mungkin terpaksa menggugurk­an nama Forkey Doe bagi memberi laluan kepada penyerang baru yang lebih berpotensi untuk menyumbang­kan gol buat pasukan.

Malah sebelum ini bekas penyerang FELDA United itu pernah diberi amaran ekoran kes penangkapa­nnya oleh pihak berkuasa selepas didapati beesalah menggunaka­n kereta klon. Kuala Lumpur: Penyokong setia Selangor mendesak supaya lilitan ketua pasukan diserahkan kepada penyerang veteran Amri Yahyah (gambar) bagi menggantik­an ketua pasukan ketika ini Razman Roslan.

Menurut Presiden Kelab Penyokong Anak Selangor (ASFC), Faizal Wahid, kepulangan semula Amri ke pangkuan pasukan itu sememangny­a tepat dan menyeru supaya legenda skuad Merah Kuning itu diberi peranan selaku ketua.

“Amri bukan saja hebat di tengah padang tapi juga mempunyai aura tersendiri yang amat dihormati pemain dan penyokong.

“Lagi pun dalam pasukan Selangor ketika ini, Amri adalah tonggak paling senior dengan kebanyakan pemain semuanya hormat kepadanya.

“Malah, Amri juga ada sifat kepimpinan yang baik. Ketika ini pun prestasi Razman dalam beberapa perlawanan sedikit menurun dengan dia kerap melakukan kesilapan mudah yang akhirnya memberi jaringan kepada pihak lawan.

“Mungkin dengan pelantikan Amri selaku ketua

>> P Maniam mungkin terpaksa gugur Forkey Doe

bagi beri laluan kepada penyerang baru

 Kedudukan Forkey Doe terus jadi tanda tanya

Melaka: Kekalahan 0-3 kepada FELDA United pada aksi kedua pusingan kedua Liga Super di Jengka minggu lalu seharusnya menjadi pengajaran buat skuad berwajah baru Melaka United bagi mengharung­i baki liga dan Piala Malaysia, musim ini.

Pengurus Datuk Yusoff Mahadi berkata, kekalahan itu memberi impak amat besar pasukan, perubahan boleh berlaku dengan impak yang mampu bekas penyerang Johor DT (Johor Darul Ta’zim) itu berikan,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Sebelum ini, Amri yang juga ketua pasukan kebangsaan mengejutka­n peminat setia Selangor apabila membuat keputusan meninggalk­an Melaka United untuk menyertai Red Giants.

Amri, 36, sememangny­a antara watak yang menjadi pujaan peminat Selangor sepanjang tempoh 12 tahun sebelum pemain kelahiran Tanjung Karang itu berhijrah ke Johor DT pada 2013.

 ??  ?? FORKEY Doe (depan) hadapi kemarau jaringan musim ini.
FORKEY Doe (depan) hadapi kemarau jaringan musim ini.
 ??  ??
 ?? Abdul Rauf Ahmad ?? Tapi hingga ke hari ini, dalam sesi pemilihan yang kami buat pemain import semuanya tidak memuaskan. Jadi saya masih terbuka menanti jika ada penyerang luar yang ingin mencuba nasib dengan keutamaan pasukan mencari penyerang baru”
Abdul Rauf Ahmad Tapi hingga ke hari ini, dalam sesi pemilihan yang kami buat pemain import semuanya tidak memuaskan. Jadi saya masih terbuka menanti jika ada penyerang luar yang ingin mencuba nasib dengan keutamaan pasukan mencari penyerang baru”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia