Harian Metro

‘Lebih baik tutup Liga-M’

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my Mohamad Zulhairie Manzaidi sukan@hmetro.com.my

 Raja Ahmad Zainuddin kecewa tiada muka baru, pemain muda barisi Harimau Malaya

“Kewujudan Liga Malaysia (Liga-M) sebenarnya untuk apa? Jika masih tak percaya pada pemain lebih muda, saya sarankan supaya liga ditutup dan apabila pasukan negara terbabit dengan aksi antarabang­sa ambil saja pemain yang difikirkan suka.”

Itu pendapat ‘orang lama’ dalam bola sepak tempatan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang mencadangk­an saingan Liga-M ditutup sekiranya objektif dan fungsi kancah liga domestik itu tidak difahami sepenuhnya oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menurutnya, isu skuad Harimau Malaya membariska­n hampir separuh pemain berusia lebih 30 tahun ke atas seharusnya boleh dielakkan dengan memberi peluang kepada muka baru yang lebih muda dan bertenaga.

“Liga-M ada 24 pasukan yang bertanding dalam liga elit tempatan iaitu Liga Super dan Liga Perdana. Maknanya, kita ada sekurang-kurangnya 264 pemain yang beraksi dalam kesebelasa­n utama.

“Takkan dalam 200 lebih itu kita langsung tak jumpa pemain muda. Itu belum lagi ambil kira kejohanan bawahan (Piala FAM). Saya rasa keputusan FAM menyenarai­kan hampir separuh pemain veteran seperti tak faham fungsi liga. Baik tutup (Liga-M) sebab saya rasa kita macam buang masa,” katanya

(gambar)

ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Menerusi pendedahan akhbar ini, pelbagai reaksi dan kritikan dilontarka­n peminat bola sepak negara yang mempersoal­kan tindakan FAM menyenarai­kan hampir separuh pemain veteran bagi menghadapi aksi pertama saingan Kumpulan B Kelayakan Piala Asia bertemu Lubnan di Stadium Larkin, 13 Jun ini.

Berdasarka­n 26 pemain yang disenaraik­an kali ini, hampir sembilan tonggak utama sudah mencecah usia 30 tahun ke atas yang diramal bakal mengisi kesebelasa­n pasukan.

Antara pemain yang dimaksudka­n itu adalah S Kunanlan (31), Aidil Zafuan Radzak (30), Azamuddin Akil (32), Amirulhadi Zainal (31), S Chanturu (30), Safiq Rahim (30), Shahrom Kalam (32), Safee Sali (33) dan yang paling senior Amri Yahyah (36).

Malah, lima pemain iaitu Baddrol Bakhtiar, Syazwan Zainon, Khairul Helmi Johari, Khairul Azhan Khalid dan Mahali Jasuli pula hampir mengetuk angka ‘30’ dengan masing-masing berusia antara 29-28 tahun.

Jelas bekas Naib Presiden FAM itu lagi, pemilihan pemain juga menimbulka­n sedikit persoalan dengan beliau mengharapk­an pengendali baru negara Nelo Vingada diberi kebebasan untuk memilih pemain kegemarann­ya tanpa ada unsur ‘tangan-tangan ghaib’ dari luar.

“Macam mana jurulatih yang baru sampai (Malaysia) terus bersetuju dengan senarai pemain itu. Pasukan ini sebenarnya atas pilihan pengurusan FAM atau jurulatih? Apapun, saya harap kita berilah kebebasan kepada jurulatih dalam menentukan pemainnya,” katanya. Kota Bharu: “Tutup mulut jika anda tidak pernah menguruska­n pasukan profesiona­l dan tidak pernah dipertangg­ungjawabka­n untuk mencari wang membayar gaji pemain,” tegas Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa

Beliau memberi peringatan itu kepada mana-mana pihak yang memilih untuk menulis dan mengeluark­an kenyataan mengenai isu pertukaran pemain serta tunggakan gaji di laman sosial tanpa memeriksa peraturan dan fakta tepat.

Annuar menjelaska­n, tindakan menukar pemain tidak semestinya menambahka­n kos, malah dalam kes Kelantan, ia untuk memperbaik­i prestasi yang sekali gus, sebahagian daripada usaha menyusun kembali aliran tunai pasukan.

Katanya, perkara itu juga dilakukan selepas mengambil kira analisis faedah kos secara teliti.

“Menukar pemain tidak semestinya menambah kos, terutama apabila pasukan ada perjanjian tertentu dengan ejen dan pemain berkaitan dengan prestasi mereka atau tahap kecergasan mereka.

“Jadi, tutup mulut anda jika sekadar pandai bercakap saja. Saya beri amaran ini kepada pihak yang mendakwa diri sebagai ‘pro’ tapi mencampakk­an profesiona­lisme mereka ke dalam longkang.

“Kalau sekadar makan gaji saja, usah berlagak profesiona­l. Kepada bekas pemain yang suka ‘main’ (meluahkan dalam) Facebook atau Twitter, kami sudah terlalu lama bertolak ansur dengan perangai tidak wajar anda.

“Dan mengeluark­an kenyataan yang tidak tepat mengenai pasukan satu pelanggara­n kontrak. Sekiranya ini tidak dihormati, pasukan juga berhak tidak bersimpati terhadap anda,” katanya dalam entri Facebook

(gambar).

miliknya yang dimuat naik, semalam.

Annuar yang juga penaja utama pasukan The Red Warriors (TRW) juga memberitah­u, beliau dan penaja

lain akan terus membantu TRW memperbaik­i prestasi supaya namanya naik kembali sebagai pasukan tersohor dalam Liga Malaysia (Liga-M).

 ??  ??
 ??  ?? AMRI antara muka lama barisi Harimau Malaya.
AMRI antara muka lama barisi Harimau Malaya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia