Harian Metro

Titans desak FMLLP kembalikan tiga mata

- Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: T-Team mahu Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) mengkaji semula hukuman pemotongan tiga mata yang dikenakan ke atas pasukan itu yang disifatkan tidak wajar memandangk­an pengurusan T-Team sudah menjelaska­n semua tunggakan bayaran selepas didakwa atas kesalahan gagal melengkapk­an proses pendaftara­n Liga Malaysia (Liga-M).

Malah, lebih mendukacit­akan surat rayuan sudah dikemukaka­n kepada FMLLP awal bulan ini, namun skuad The Titans tetap dipotong tiga mata dalam carta liga daripada enam mata walaupun sudah menjelaska­n semua hutang tertunggak hampir RM600,000.

“Kami mengharapk­an hukuman pemotongan tiga mata terhadap The Titans ditarik balik hal ini kerana T-Team sudah menjelaska­n semua tunggakan selain sudah mengemukak­an rayuan kepada FMLLP sebelum ini.

“Tapi, yang berlaku adalah sebaliknya dan kami tetap dikenakan hukuman pemotongan tiga mata daripada enam mata yang kami anggap tidak wajar apatah lagi pemain berhempas-pulas beraksi di padang.

“Kami harapkan FMLLP mengkaji semula pemotongan tiga mata itu demi semangat kesukanan selain tidak mahu menjejaska­n moral pemain The Titans,” kata penolong ketua jurulatih T-Team, Mohd

Azhari Salim.

Sebelum ini T-Team yang kini mengumpul 16 mata tidak berdepan sebarang masalah berkaitan tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan, bagaimanap­un mengalami sedikit kelewatan dalam pembayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Perkeso dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia