Harian Metro

Pok Nik, Sabree perkasa benteng NS Thiago sinar FELDA

- Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my Mohd Amin Jalil sukan@hmetro.com.my

Thiago Augusto Fernandes akan kembali menggegar bola sepak Malaysia bersama FELDA United apabila liga bersambung Julai depan.

Jurulatih B Sathianath­an ketika mengesahka­n perkara itu berkata, penyerang dari Brazil itu akan menggantik­an pemain import Argentina, Gaston Cellerino yang gagal menyerlah sejak menyertai pasukan itu pada awal musim.

Malah, Sathia menaruh harapan tinggi terhadap Thiago yang dijangka dapat menyelesai­kan masalah ketumpulan barisan serangan FELDA musim ini.

“Ketumpulan sentuhan penyudah penyerang import dikenal pasti antara punca FELDA gagal memberi cabaran setakat ini. Buktinya kami hanya mampu menjaringk­an 16 gol daripada 13 perlawanan.

“Malah daripada jumlah itu, penjaring terbanyak kami, Lucas Cano hanya menjaringk­an enam gol sementara Gaston lebih mengecewak­an apabila mampu jaring satu gol saja.

“Thiago penyerang yang sudah terbukti kemampuann­ya semasa bermain untuk FELDA dan Kedah. Saya yakin dia pemain yang tepat untuk mengatasi masalah kami,” ujar Sathia.

Thiago, 27, adalah penjaring terbanyak FELDA pada 2015 dengan 13 gol dalam 10 perlawanan walaupun hanya menyertai pasukan itu pada pertengaha­n musim.

Kecederaan dialami menyebabka­n dia tidak disenaraik­an dalam skuad FELDA pada

2016.

Bagaimanap­un, selepas pulih, dia dipinjamka­n kepada Kedah yang menyaksika­n pemain itu membantu

Helang Merah menjulang

Piala Malaysia.

Sathia berkata, FELDA juga akan menguji tiga penyerang import baru sepanjang tempoh rehat ini sambil menilai prestasi

Cano. Seremban: Kehadiran dua bekas pemain kebangsaan dalam skuad Negeri Sembilan pada jendela perpindaha­n kedua musim ini diyakini mampu memantapka­n lagi pasukan itu dalam menamatkan saingan pusingan kedua Liga Perdana.

Dua pemain itu adalah bekas pertahanan Kelantan dan PKNS FC, Nik Shahrul Azim Halim atau Pok Nik dan Sabree Mat Abu.

Timbalan Presiden Kelab e-Penyokong Bolasepak Negeri Sembilan (N9Futbol.com), Mohamad Faidzul Mohd Noh menyambut baik langkah dibuat Persatuan

 Sathia yakin pemain import itu mampu tambah bisa pasukan

Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) itu.

Menurutnya, kehadiran kedua-dua pemain berpengala­man itu dapat menguatkan lagi benteng skuad Hoben Jang Hoben sedia ada yang diterajui kapten Nasriq Baharom.

“Malah, kami yakin kehadiran tonggak itu juga dapat memberi ruang luas lebih luas kepada pengendali Asri Ninggal untuk menurunkan barisan terbaik pada setiap perlawanan.

“Tambahan pula, kebelakang­an ini kekuatan bahagian pertahanan sedikit goyah dan kehadiran mereka diyakini dapat mengatasi masalah itu.”

 ??  ?? THIAGO miliki rekod cemerlang ketika beraksi bersama FELDA dan Kedah.
THIAGO miliki rekod cemerlang ketika beraksi bersama FELDA dan Kedah.
 ??  ?? NIK Shahrul
NIK Shahrul
 ??  ?? SABREE
SABREE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia