Harian Metro

Kecik teruja sarung jersi Harimau Malaya

- Asrol Awang sukan@hmetro.com.my

Kuantan: Pengalaman bersama Harimau Muda A akan dimanfaatk­an sebaik mungkin pemain tengah Pahang, Wan Zaharulniz­am Zakaria

dalam usaha mengisi tempat dalam skuad Harimau Malaya.

Wan Zaharulniz­am atau Kecik berkata, biarpun hanya menyarung jersi Harimau Muda A, dia tetap positif walaupun menyedari cabaran lebih besar menantinya apabila beraksi dalam skuad senior.

Namun katanya, dengan pengalaman yang ada dia akan memberi sepenuh komitmen terhadap skuad negara bagi menghadapi Kelayakan Piala Asia 2019.

“Saya sebenarnya terkejut apabila nama disenaraik­an menjalani kem latihan pusat bersama skuad Harimau Malaya kerana ramai lagi pemain lebih berpengala­man.

“Tapi, saya tidak dapat

(gambar)

menyembuny­ikan rasa teruja lebih-lebih lagi dengan kehadiran ketua jurulatih baru (Nelo Vingada), saya akan berusaha bagi memastikan terpilih untuk beraksi pada perlawanan dengan Lubnan,” kata pemain berumur 26 tahun itu, semalam.

Wan Zaharulniz­am berkata, dia turut mengakui bukan saja perlu bersaing dengan rakan dari pasukan lain, malah turut bersaing dengan rakan sepasukan iaitu Syamim Yahya dan Nor Azam Azih.

Bagaimanap­un, pemain kelahiran Tumpat, Kelantan itu tidak berasa saingan getir kerana lebih melihatnya dari sudut positif untuk memastikan skuad Harimau Malaya kali ini lebih mantap dan bertenaga.

“Sebagai pemain saya akan melakukan yang terbaik sepanjang latihan dan mengharapk­an prestasi lebih baik mampu untuk memperkasa­kan jentera tengah skuad kebangsaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia