Harian Metro

Tak gentar saingan

Ismail bersyukur mula dapat perhatian dan tempat dalam tempoh singkat

-

DARI MUKA 1

“Apatah lagi, sekarang orang mulai memberi perhatian kepada bakat saya. Ini semua rezeki dan saya sangat bersyukur. Bukan mudah orang baru seperti saya nak mendapat tempat dalam tempoh yang singkat.

“Saya juga gembira apabila mendapat sokongan daripada beberapa penyanyi senior yang meminta agar meneruskan kerjaya ini. Perkara itu membuatkan saya lebih bersemanga­t,” katanya.

Pun begitu, Ismail yang juga anak kepada penyanyi era 80-an Suliza Salam tidak gentar dengan persaingan yang ada.

Malah, Ismail tidak menjadikan kebangkita­n beberapa penyanyi baru yang seangkatan dengannya satu masalah besar.

“Tujuan saya masuk dalam industri seni untuk mengetenga­hkan bakat yang ada. Soal persaingan itu perkara kedua. Bagi saya tak perlu nak wujud perasaan ingin bersaing. Apa yang penting dapat menghiburk­an orang.

“Dalam perkara ini ia berbalik kepada rezeki masing-masing. Pada masa sama, setiap orang memiliki kelebihan tersendiri. Saya gembira apabila rakan seperjuang­an lain juga berjaya,” katanya.

Berhenti sekolah

Kesibukan Ismail merencana kerjaya seni membuatkan dia mengambil keputusan berhenti sekolah dan meneruskan pembelajar­an secara ‘home school’.

“Saya berhenti sekolah sejak pertengaha­n tahun lalu. Sebab utama bagi memudahkan saya menyeimban­gkan belajar dan nyanyian. Bagi saya sekolah di rumah lebih mudah kerana jadual pembelajar­an disusun sendiri mengikut kesesuaian masa.

“Lagi satu saya tak nak timbulkan masalah dengan sering ponteng sekolah. Keputusan ini datangnya daripada saya sendiri,” katanya.

Mengakui keputusan itu dipandang negatif rakan lain sehingga menggelark­an dirinya ‘poyo’, Ismail tenang dan terbuka.

“Prinsip saya mudah iaitu tak semua yang dilakukan itu disukai orang. Jadi saya harus jalani apa yang dirancang. Lagi pula saya nak mengejar impian untuk jadi penyanyi.

“Lagi satu, saya tak berasa ketinggala­n pun jika bersekolah di rumah. Saya masih belajar seperti biasa sama seperti orang lain. Bezanya cikgu yang datang mengajar mengikut jadual saya iaitu seminggu empat kali,” katanya.

Justeru, sepanjang Ramadan ini Ismail memberi fokus kepada pembelajar­an sebelum merakamkan single kedua yang dijangka pada Julai ini.

Justin Bieber Malaysia

Melihatkan personalit­i yang dibawa Ismail, tidak hairan jika dia mendapat jolokan Justin Bieber Malaysia.

Malah kalau diamati dari segi muzik dan persembaha­n Ismail di pentas, ia mengingatk­an kita kepada penyanyi remaja antarabang­sa itu.

“Saya tidak meniru, tetapi menjadikan Justin sebagai rujukan. Kalau nak tahu saya belajar menyanyi pun daripada dia dengan menonton semua persembaha­nnya di laman YouTube.

“Justeru, apabila orang cakap saya Justin Bieber Malaysia, ia satu kebanggaan. Tidak ada apa yang perlu dimalukan. Saya anggap ia satu doa. Mungkin satu hari nanti saya boleh berjaya seperti dirinya,” katanya.

Bagaimanap­un, Ismail tidak mahu membanggak­an diri sebaliknya mengakui masih banyak yang perlu dipelajari.

Berkongsi mengenai pembabitan awal dalam bidang seni, Ismail yang juga anak bongsu daripada tiga beradik mula menyanyi ketika berusia 11 tahun.

“Saya bermula dengan hobi bermain gitar ketika darjah lima. Saya belajar sendiri menerusi laman YouTube. Selepas itu saya mulai menyanyi secara ‘busking’ pada usia 15 tahun.

“Pada mulanya mak tak suka saya menyanyi, namun dia tak boleh halang kerana ini minat saya. Dari situ dia mulai memberikan sokongan. Bukan apa mak saya pernah berada dalam industri, jadi dia sudah ‘masak’ dengan permainan dunia hiburan.

“Macam sekarang setiap hari dia memberikan nasihat agar saya jadi lebih kuat. Cabaran dan ujian datang bila-bila masa saja. Pendek kata saya perlu berani mengambil risiko,” katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO ZUNNUR AL SYAFIQ ??
FOTO ZUNNUR AL SYAFIQ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia