Harian Metro

Pengorbana­n harris

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Setiap minggu balik ke Sabah jenguk anak dan isteri di Keningau

Penyanyi Harris Baba kini diulit bahagia apabila dikurniaka­n anugerah terindah iaitu cahaya mata sulung, Aleena Ziya yang kini berusia tiga bulan hasil perkongsia­n hidup dengan Nik Naziha Nawawi.

Menurut Harris, sejak kehadiran puteri tercinta, dia kini lebih banyak meluangkan masa berkualiti bersama anak dan isterinya.

Justeru, dia terpaksa berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Keningau, Sabah setiap minggu memandangk­an isteri dan anaknya menetap di rumah keluarga mentua.

“Tanggungja­wab selepas bergelar bapa semakin besar. Habis kerja, saya akan balik ke Sabah. Buat masa ini, paling lama saya berjauhan dengan anak dan isteri adalah dalam tempoh seminggu.

Saya pernah balik ke kampung isteri untuk satu hari saja,” katanya.

Biarpun hakikatnya situasi itu meletihkan bagi kebanyakan orang, kata Harris, dia sedikit pun tidak pernah mengeluh.

Bagi Harris, itulah antara pengorbana­n yang perlu dilakukan terpaksa berjauhan dengan anak dan isteri tercinta demi mencari rezeki.

“Kalau ikutkan memang penat, tetapi bukanlah maksudnya saya merungut dengan rutin terbabit. Apabila pulang ke Sabah dapat tengok muka anak dan isteri, hilang semua rasa penat. Bahkan rutin ini membuatkan saya belajar erti tanggungja­wab,” katanya.

Menurut Harris, sebolehnya dia mahu sentiasa berada dekat dengan ahli keluarga. Bagaimanap­un, katanya, buat masa ini, isterinya lebih selesa menetap di Sabah bersama keluargany­a di sana.

“Dia lebih suka tinggal di sana. Kalau ke Semenanjun­g pun dia datang hanya untuk berjalan-jalan dan membeli-belah saja,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, kata Harris, dia kini tampil dengan single kedua berjudul Parah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia