Harian Metro

Tak tergamak buat pembedahan

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Wanita mana yang tidak mahu tampil cantik?

Pada zaman moden ini, bagi segelintir wanita, penampilan cantik dan menarik, memang menjadi keutamaan atau terletak di tangga teratas. Bagaimanap­un, kecantikan itu sesuatu yang subjektif nilainya.

Boleh dikatakan pelbagai cara sanggup dilakukan demi memiliki kecantikan yang ideal.

Bagi penyanyi dangdut, Ani Mayuni , dia tidak sanggup menjalani pembedahan plastik ataupun melakukan suntikan pada wajah bagi mengekalka­n kecantikan.

Ani atau nama penuhnya, Aishah An Nur Osman berkata, dia tidak berani melakukan perkara sedemikian kerana ia perbuatan yang dilarang dalam Islam, sebaliknya hanya mengamalka­n jamu untuk mengekalka­n kecantikan­nya.

“Kecantikan memang tidak dapat dipisahkan daripada kamus hidup setiap orang bergelar wanita, apatah lagi cantik itu fitrah manusia.

“Walaupun kerjaya seni memerlukan saya tampil cantik, tetapi saya tidak tergamak melakukan pembedahan atau suntikan botoks.

“Mungkin ilmu saya dalam bidang agama tidak ting gi, tapi saya sedar menggubah wajah adalah perkara yang dilarang agama Islam.

“Apa yang dimiliki hari ini sudah lebih daripada cukup. Saya selesa dengan kecantikan ini,”katanya ketika ditemui pada majlis memperkena­lkan hidangan sempena Ramadan di Hotel Royal Kuala Lumpur, barubaru ini.

Kata Ani, apabila mempunyai masa terluang dia gemar membuat jamu sendiri bagi memastikan diri tampil bergaya dan bertenaga.

“Saya lebih suka cara tradisiona­l dengan mengamalka­n jamu untuk kekal cantik dan sihat.

“Dengan amalan memakan jamu, anggota badan menjadi lebih segar dan ringan. Malah, saya juga lebih aktif dan tidak cepat penat walaupun sibuk dengan kerja,” katanya.

Sementara itu, menyentuh mengenai aktiviti sepanjang Ramadan, Ani berkata, dia sibuk menjayakan persembaha­n di hotel berkenaan bersama rakan seperjuang­an, Kelly Azman.

“Sebenarnya, sudah empat tahun saya diberikan kepercayaa­n menjayakan persembaha­n di sini.

“Macam biasa, saya dan Kelly akan mempersemb­ahkan lagu pantai timur dan ketuhanan. Tetapi, ada juga pengunjung yang meminta saya menyanyi lagu lama,” katanya.

 ??  ?? ANI bersama Kelly berganding­an buat kali keempat menjayakan persembaha­n di hotel.
ANI bersama Kelly berganding­an buat kali keempat menjayakan persembaha­n di hotel.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia