Harian Metro

Rezeki ramadan

Mira dipilih jadi duta Terima Kasih Ramadan untuk TV3 dan TV9

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@ hmetro.com.my

Setiap selebriti ada naik turunnya dalam kerjaya mereka. Bagi pelakon dan pengacara, Mira Filzah, dia sendiri mengakui tahun ini adalah tahun yang agak perlahan bagi kerjaya seninya.

“Saya akui, kerjaya saya agak perlahan pada tahun ini. Apa yang boleh saya katakan, ia bergantung kepada tuah seseorang, selain usaha,” katanya.

Menurut Mira, tuah yang dimaksudka­nnya berkaitan waktu dan masa tayangan sesuatu karya.

“Kalau saya banyak berlakon dan muncul dalam drama pun, tapi waktu tayanganny­a tidak kena, orang takkan nampak juga.

“Tuah itu maksud saya adalah waktu tayangan contohnya pada akhir tahun, awal tahun atau tayangan pada waktu perdana yang sememangny­a ada ramai penonton,” katanya.

Ditanya sama ada dia memilih slot tayangan sesuatu drama, Mira ada jawapannya.

“Apa juga tawaran berlakon yang saya terima, saya tidak memilih mengikut slot tayangan, tetapi saya melihat karakter yang ditawarkan itu.

Kalau drama itu untuk tayangan di laman web atau portal pun saya tidak ada masalah untuk terima kalau karakter itu menarik,” katanya.

Ditanya mengenai aktivitiny­a sepanjang Ramadan, Mira memberitah­u dia banyak terbabit dalam aktiviti bersama TV3 dan TV9.

“Tahun ini, rezeki saya apabila dipilih menjadi duta Terima

Kasih Ramadan untuk

TV3 dan TV9. Jadi, insyaAllah, saya akan terbabit dalam banyak aktiviti bersama mereka sepanjang Ramadan ini,” katanya.

Mira juga yang baru melancarka­n koleksi baru selendangn­ya, MF Shawls turut sibuk dengan promosi produknya itu.

“Jenama ini saya tubuhkan sejak setahun lalu dan untuk koleksi terbaru, saya keluarkan banyak koleksi eksklusif dengan rekaan identiti lukisan tangan dan warna air.

“Insya-Allah, produk ini tidak mudah ditiru kerana ia dilukis menggunaka­n tangan dan jumlah unitnya juga agak terhad,” katanya.

Terbaru, Mira kini menjalani penggambar­an drama Meh Sandar Pada Aku Raya dan Jula Juli Bintang Cinta.

“Meh Sandar Pada Aku Raya disiarkan 12 episod di laman web Tonton. Rating drama Meh Sandar Pada Aku sebelum ini sangat menggalakk­an dan kerana itu ia diteruskan untuk versi raya.

“Jula Juli Bintang Cinta pula adalah telefilem yang disiarkan di Astro Citra. Selain drama, saya juga muncul sebagai pengacara program Mahligai Cinta, selepas Aidilfitri,” katanya.

 ??  ?? MIRA Filzah
MIRA Filzah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia