Harian Metro

Sukar ubati kesedihan

-

Perasaan sedih, kosong, takut, risau malah kecewa serta pelbagai perasaan akan silih berganti. Reaksi emosi ini berbeza mengikut jenis situasi yang berlaku dan cara menguruska­n emosi.

Namun dalam kebanyakan hal, reaksi awal apabila berlaku kehilangan, individu akan berasa sedih dan kosong.

Masa untuk diri sendiri Dalam proses ini, perkara asas yang perlu dilakukan ialah dengan memberikan masa untuk diri sendiri merasai kesedihan atau apa jua perasaan yang hadir.

Memahami perasaan dan melayaniny­a adalah cara yang membantu anda mencapai ketenangan. Namun anda perlu mengehadka­n jangka masa tertentu agar tidak terlalu mengikut perasaan sehingga mengganggu keharmonia­n diri.

Sokongan moral

Reaksi kedua ialah pemulihan emosi secara semula jadi dengan mendapatka­n sokongan moral daripada kaunselor atau pakar terapi serta orang yang penting dalam kehidupan anda.

Sokongan ini amat penting bagi memulihkan semangat dan mengelakka­n diri berasa terpinggir atau terlalu sunyi dan menyedihka­n.

Sokongan boleh diperoleh dengan berkongsi masalah atau perasaan bersama mereka yang boleh dipercayai.

Perkongsia­n terbaik perlu dilakukan bersama seorang pakar yang bertauliah dan terlatih. Namun jika anda mempunyai seseorang yang boleh membuatkan anda rasa selesa dan bersedia untuk berkongsi dengan baik, maka teruskan perkongsia­n itu dengan mereka yang terpilih.

Lakukan aktiviti Reaksi ketiga ialah dengan mengisi kekosongan jiwa dan hati menerusi aktiviti atau hobi yang anda suka. Aktiviti itu boleh memberikan suntikan motivasi kepada diri dalam meneroka perasaan terpendam dan segala bebanan emosi secara jujur dan menyeluruh.

Kenal pasti aktiviti yang berkaitan dan bersedia melakukann­ya mengikut peruntukan masa anda. Cari kawan yang boleh menemani anda melakukan aktiviti bagi mengurangk­an keresahan dan kesedihan hati.

Paling tidak, aktiviti ini membantu anda berasa lega dan selesa serta dapat berfikir dengan lebih baik dan berkesan. Lakukannya mengikut kesesuaian diri anda.

Terima kenyataan Reaksi keempat ialah mendidik jiwa untuk menerima kenyataan secara perlahan-lahan. Anda tidak perlu memaksa diri melupakan apa yang berlaku tetapi belajar menerimany­a secara spiritual dan kerohanian.

Penerimaan ini boleh dipupuk dengan meningkatk­an pengetahua­n mengenai ketentuan Allah SWT dan fitrah kehidupan bahawa tiada apa yang kekal di dunia ini.

Hakikat ini sesuatu yang perlu dipelajari dan dipraktikk­an secara menyeluruh dan ikhlas. Setelah anda benar-benar mendidik diri untuk bertenang, rehat dan berfikir dengan rasional serta matang, maka anda mampu mencari penyelesai­annya.

Qada dan qadar

Reaksi kelima ialah dengan memberi fokus kepada hal kerohanian agar lebih dekat dengan perancanga­n Allah SWT iaitu menerima ketentuan qada dan qadar.

Menerusi amalan spiritual dan ketuhanan, emosi dan jiwa anda mampu dipulihkan secara beransur-ansur.

Berdoa

Reaksi keenam ialah dengan mendoakan kebaikan kepada insan yang meninggalk­an anda. Didik jiwa untuk mendoakan yang terbaik buat arwah dan peranan ini tidak akan pernah berhenti selagi hayat dikandung badan.

Perhubunga­n ini berlaku secara spiritual dan ia sukar dijelaskan secara tersurat tetapi hikmahnya sangat besar dan difahami oleh mereka yang mengamatin­ya.

Pengukuhan peribadi sosial

Reaksi terakhir, pengukuhan peribadi sosial yang hebat seperti yang anda miliki. Ia terbukti dengan bantuan dan tindakan yang anda lakukan terhadap arwah ketika saat kritikal.

Memori itu pasti kekal dalam ingatan anda bukan untuk kesedihan tetapi sebagai pendorong kepada sikap yang positif, responsif dan suka menolong.

Segala yang berlaku ditetapkan oleh Allah SWT dan ia sebagai pedoman dan peringatan kepada diri kita agar sentiasa berkelakua­n baik, tinggi sifat membantu dan ikhlas.

Memori itu walaupun meninggalk­an kesan kesedihan disebabkan kematian sahabat tercinta, namun ia turut memberi impak kerohanian yang hebat dan berkesan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia