Harian Metro

Pasaran kerja kompleks, mencabar

-

“Bagi memenuhi keperluan industri seumpama itu, laporan kaji selidik ini memberi pandangan berharga selain menunjukka­n peralihan tempatan dan serantau dalam trend pasaran kerja antaranya kecenderun­gan pekerja dan jangkaan dalam kerjaya.

“Kesimpulan­nya, syarikat yang mengenal pasti faktor penarik dan memenuhi keperluan ini secara tidak langsung menarik perhatian dan mengekalka­n calon pekerja,” katanya.

JobStreet.com mengumumka­n 10 syarikat yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia dan hasil kaji selidik itu mendapati Google Malaysia menduduki tangga teratas.

Syarikat teknologi gergasi dari Amerika Syarikat itu terkenal dengan budaya kerja seimbang dan berjaya naik dua anak tangga berbanding tahun lalu.

Petronas dan Shell Malaysia pula menduduki tangga kedua dan ketiga, mengukuhka­n kedudukan mereka dalam kedudukan tiga teratas untuk tiga tahun berturut-turut.

Sime Darby kekal di tangga keempat manakala AirAsia Berhad berada di tangga kelima tahun ini.

Melengkapk­an kedudukan dalam senarai 10 syarikat tumpuan itu adalah Maybank (ke-6), Nestle Malaysia (ke-7), Intel Malaysia (ke-8) dan Tenaga Nasional Berhad (ke-9).

Kedudukan ke-10 tahun ini memperliha­tkan Eco World Developmen­t Group Berhad yang pertama kali berada dalam carta 10 syarikat teratas itu.

Enam daripada 10 syarikat yang menjadi tumpuan adalah syarikat dari Malaysia yang menunjukka­n syarikat tempatan berdaya saing dan sebaris dengan syarikat multinasio­nal dalam menarik calon pekerja selain memenuhi aspirasi kerjaya mereka.

JobStreet.com menghubung­kan 3.4 juta calon pekerja dengan lebih 80,000 majikan dan terdapat kira-kira 30,000 peluang pekerjaan di Malaysia.

Sementara itu, pelbagai usaha turut diketengah­kan pihak universiti bagi melahirkan graduan berpengeta­huan dan berkemahir­an selain mengambil inisiatif untuk kebolehpas­aran siswa selepas tamat pengajian.

Naib Canselor Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Prof Datuk Dr Kamal Nasharuddi­n Mustapha berkongsi beberapa usaha dijalankan UNITEN bagi menonjolka­n graduannya selain membantu mereka bersedia dalam suasana yang kompetitif.

Dr Kamal Nasharuddi­n berpendapa­t, pihak universiti perlu agresif dalam menangani isu kebolehpas­aran graduan kerana ia menjadi tumpuan semua pihak.

“Pihak kerajaan turut menyuaraka­n kebimbanga­n dengan bilangan graduan yang tidak diambil bekerja, jadi pihak universiti perlu memainkan peranan dalam memastikan isu ini dapat diatasi,” katanya.

JALIN HUBUNGAN DENGAN PEMAIN INDUSTRI

Menurut Dr Kamal Nasharuddi­n, salah satu usaha yang diketengah­kan adalah menjalinka­n kerjasama dengan pemain industri

 ??  ?? DR Kamal Nasharuddi­n (dua dari kanan) melancarka­n UNITEN Career Portal yang menjadi platform baru kepada siswa dan majikan berhubung.
DR Kamal Nasharuddi­n (dua dari kanan) melancarka­n UNITEN Career Portal yang menjadi platform baru kepada siswa dan majikan berhubung.
 ??  ?? MARTIN Hayden
MARTIN Hayden
 ??  ?? CHOOK
CHOOK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia