Harian Metro

Lahirkan graduan holistik dan seimbang

-

Berhad, Cyber Security Malaysia dan Sunway Resort and Spa.

“Majlis ini dianjurkan bagi menjadi platform perkongsia­n antara wakil syarikat terbabit dengan pihak pengurusan universiti mengenai pekerjaan dan isu semasa berkaitan.

“Selain itu, universiti juga ingin berkongsi perkembang­an dan pencapaian terkini di UNITEN yang juga disebabkan hasil kerjasama serta bantuan daripada mereka,” katanya.

Untuk rekod, separuh daripada jumlah syarikat yang menjalin kerjasama dengan UNITEN adalah alumni yang berjaya membangunk­an perniagaan dan syarikat sendiri.

“Ramai alumni yang datang semula membantu dan membimbing adik-adik mereka di sini dan buat memorandum persefaham­an,” katanya.

PELANCARAN CAREER PORTAL

Portal supaya syarikat boleh masukkan kerja kosong, bidang kerja yang ditawarkan dan syarat dalam portal itu.

“Siswa pula boleh masukkan CV mereka dan secara tidak langsung kedua-dua pihak dapat jumpa padanan yang sesuai mengikut syarat dan kelulusan,” katanya.

Portal kerjaya yang dibangunka­n dalam tempoh beberapa bulan itu masih dalam peringkat percubaan dan akan diperbahar­ui dan ditambah baik dari semasa ke semasa.

PENINGKATA­N JUMLAH PRAPENGAMB­ILAN (PREHIRING)

Dr Kamal Nasharuddi­n berharap dengan kewujudan Career Portal itu memberi perbezaan dan menaikkan jumlah prapengamb­ilan dalam kalangan graduan UNITEN.

“Kita harap lebih ramai siswa dapat pekerjaan sebelum tamat pengajian dan Career Portal ini membantu mereka untuk dipasarkan lebih cepat lagi iaitu sebelum tamat pengajian.

“Kita sentiasa berusaha untuk bukan sekadar meningkatk­an peratusan atau angka kebolehpas­aran graduan UNITEN tapi lebih baik sekiranya siswa diambil bekerja sebelum tamat pengajian.

“Ini sedikit sebanyak membantu graduan kerana tentu sukar mencari pekerjaan jika mereka sudah keluar ke industri dan bersaing dengan ratusan ribu graduan lain,” katanya.

Sebarang maklumat lanjut mengenai UNITEN boleh layari laman web www.uniten.edu.my atau hubungi 03-8921 2020.

 ??  ?? LONJAKAN dalam hala tuju pendidikan negara turut mengetenga­hkan graduan berciri keusahawan­an. - Gambar hiasan
LONJAKAN dalam hala tuju pendidikan negara turut mengetenga­hkan graduan berciri keusahawan­an. - Gambar hiasan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia