Harian Metro

Pidato Keamanan Sejagat di UM

-

Projek Pidato Piala Tuanku Kurshiah 2017 (PPTK17) anjuran Kolej Kediaman Ketiga Universiti Malaya (UM) melabuhkan tirai dengan jayanya, baru-baru ini dengan 33 penyertaan daripada 12 sekolah.

Pidato yang bertemakan Keamanan Sejagat itu menyaksika­n peserta dari Sekolah Agama Menengah Tinggi (SMAT) Tengku Ampuan Jemaah, Selangor, Muhammad Aqil Mujahid Mukhtar dinobatkan sebagai juara Pertanding­an Pidato Piala Tuanku Kurshiah 2017.

Beliau membawa pulang wang tunai RM1,000, piala pusingan dan sijil penghargaa­n yang disampaika­n Pro-Canselor UM, Toh Puan Aishah Ong.

Naib juara disandang Muhammad Farhan Danial Zainuddin dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subang Utama, Selangor yang menerima wang tunai RM700, piala dan sijil penghargaa­n.

Tempat ketiga dimenangi Muhammad Daniel Misni dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)

Tun Habab, Johor yang menerima hadiah wang tunai RM400, piala dan sijil penghargaa­n.

Pengarah projek,

Nurul Amalina Ramli berkata, PPTK17 adalah satu pertanding­an pengucapan awam peringkat kebangsaan yang menyaksika­n pelajar berusia 16 hingga 18 tahun dari sekolah menengah di Semenanjun­g bersaing untuk membawa pulang gelaran juara, seterusnya mengharumk­an nama sekolah masing-masing.

“Walaupun bilangan peserta kali ini berkuranga­n, namun saya bangga dengan peningkata­n kualiti peserta yang menyertai program ini,” katanya.

Program yang berlangsun­g selama tiga hari itu turut dimuatkan dengan pelbagai aktiviti Kenali UM iaitu acara yang disediakan khas untuk peserta bersiarsia­r di sekitar kampus dengan diiringi barisan Ahli Jawatankua­sa (AJK) sebagai kenangan dan menaikkan semangat mereka untuk melanjutka­n pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

 ??  ?? PEMENANG bergambar bersama Naib Canselor UM, Prof Datuk Dr Amin Jalaludin (empat dari kiri) dan Toh Puan Aishah Ong (empat dari kanan).
PEMENANG bergambar bersama Naib Canselor UM, Prof Datuk Dr Amin Jalaludin (empat dari kiri) dan Toh Puan Aishah Ong (empat dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia