Harian Metro

KENAPA KITA PUASA?

- Bersama Amin Idris

“Daripada

Hadis ini disahihkan oleh Al Mundziri di At Targhib Wat Tarhib (2/114, 406, 407, 3/295), juga oleh Adz Dzahabi dalam Al Madzhab (4/1682), dihasankan oleh Al Haitsami dalam Majma’ Az Zawaid (8/142), juga oleh Ibnu Hajar Al Asqalani dalam Al Qaulul Badi’ (212), juga oleh Al Albani di Shahih At Targhib (1679).

Hadis di atas adalah ingatan Rasulullah SAW kepada mereka yang mensia-siakan peluang Ramadan. Mari kita lihat dan fikir apakah arah tuju puasa kita, kenapa kita berpuasa?

Mendidik hati

Talbis Iblis, m.s. 179-180, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).

Puasa mendidik hati kita agar ikhlas. Allah berfirman dalam hadis qudsi: “Semua amalan anak Adam untuknya melainkan puasa. Ia untuk-Ku dan hanya Aku yang membalasny­a.” (Riwayat alBukhari)

Inilah antara hikmah besar berpuasa. Ia mendidik ikhlas. Jangan hairan jika ada orang yang jahat perangai lagi enggan berubah, tetapi memberitah­u kita dia berpuasa. Kita tidak tahu dia berpuasa ataupun tidak. Setiap orang boleh mendakwa. Sukar untuk kita nilai dakwaannya. Hanya Allah Yang Maha Tahu.

Melatih nafsu

Pada Ramadan juga, syaitan dirantai. Maka alasan kita membuat kejahatan bukan lagi kerana hasutan syaitan tetapi nafsu. Jika pada Ramadan boleh menahan daripada makan dan minum, mencaci orang, melihat dan mendengar perkara tidak berfaedah, malah ada yang boleh berhenti merokok, itu adalah satu tanda yang positif. Itu tanda bahawa nafsu kita boleh ditundukka­n.

“Puasa merupakan perisai, apabila seseorang kamu berpuasa maka janganlah ia bercakap yang cela, bertempik dan sekalipun dimaki oleh seseorang atau diperangin­ya maka hendaklah berkata: Sesungguhn­ya aku berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ibadat pada Ramadan dapat menjadikan umat Islam insan lebih baik

Membentuk peribadi

Matlamat puasa adalah takwa. Takwa bermaksud menjunjung segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya. Dalam erti kata lain, jika kita berpuasa dengan mengharapk­an ganjaran Allah dengan penuh keimanan, kita berada di atas landasan yang betul. Ramadan ibarat kem latihan. Sebagaiman­a tentera yang tinggi disiplin mereka selepas dilatih di kem tentera, begitu juga kita adalah ‘tentera Allah’ yang dilatih di kem Ramadan.

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaiman­a diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa.” (Al Baqarah: 183)

Paling utama, kita berpuasa bukan kerana malu dengan kawan, bukan kerana keturunan, bukan kerana adat dan ikutan tetapi kerana kita taat pada perintah Allah.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia