Harian Metro

Rasa ngilu boleh dirawat

- DARI MUKA 1

Gigi kita terdiri daripada lima bahagian iaitu enamel (lapisan luar yang keras), dentin (lapisan dalam di bawah enamel), pulpa (lapisan lebih dalam yang lembut), simentum (lapisan tisu penyambung untuk mengikat akar gigi dengan gusi dan tulang rahang) serta ligamen periodonta­l (tisu yang membantu memegang gigi supaya kukuh di atas tulang rahang).

Bakal Presiden Persatuan Pergigian Malaysia, Dr Ng Woan Tyng berkata, dentin terdiri daripada lubang kecil yang dipanggil tubul dan di bahagian hujungnya mengandung­i cabang saraf yang berasal daripada pulpa gigi (pusat saraf gigi).

“Gigi sensitif adalah keadaan yang menyakitka­n apabila lapisan enamel gigi terhakis ataupun berlaku pengecutan gusi menyebabka­n liang dentin terdedah.

“Liang dentin ini adalah 100 kali lebih kecil daripada lebar sehelai rambut manusia. Apabila liang dentin ini terdedah kepada suhu panas atau sejuk yang biasanya datang daripada makanan atau minuman, ia akan merangsang keadaan tidak selesa seperti rasa ngilu dan kesakitan yang tajam menusuk, antara tanda gigi sensitif,” katanya.

Ujarnya, kebanyakan individu yang menderita masalah ini tidak mengetahui ia boleh dirawat. Jika anda pernah mengalami ketidaksel­esaan atau kesakitan ketika mengambil makanan atau minuman yang panas, sejuk atau manis, anda berkemungk­inan mengalami gigi sensitif.

Bagi memastikan gejala yang dialami bukan masalah yang lebih serius seperti karies atau radang gusi (gingivitis), segera lakukan pemeriksaa­n dengan pakar untuk mendapatka­n nasihat atau rawatan bersesuaia­n.

“Sebagai wakil persatuan, kami komited untuk membantu pesakit menangani gigi sensitif dengan mendiagnos­is keadaan mereka secara proaktif dan memberikan penyelesai­an terbaik yang terbukti secara klinikal demi menghilang­kan kesakitan gigi sensitif,” katanya.

KEMPEN TINGKAT KESEDARAN

Memahami masalah yang boleh menyebabka­n ketidaksel­esaan itu, Sensodyne merintis perubahan dengan menganjurk­an kempen Ikrar Menentang Gigi Sensitif.

Menurut Naib Presiden dan Pengurus Besar GlaxoSmith­Kline Consumer Healthcare Malaysia dan Brunei, Stacy E Wallace, kempen itu dianjurkan bagi menggalakk­an rakyat di negara ini mengambil pendirian menangani masalah gigi sensitif dan melindungi diri daripada penderitaa­n yang boleh dicegah.

“Kami faham kesakitan ditanggung setiap hari oleh mereka yang mempunyai masalah gigi sensitif. Mereka perlu sentiasa peka dengan keadaan dan mengelakka­n makanan atau minuman tertentu supaya tidak mencetuska­n kesakitan pada gigi.

“Justeru, kami berusaha untuk menggalakk­an semua individu yang mengalami masalah ini supaya membuat ikrar berkenaan dan membebaska­n hidup mereka daripada keadaan yang tidak selesa itu,” katanya.

Ikrar berkenaan adalah gabungan antara GlaxoSmith­Kline, Persatuan Pergigian Malaysia dan Watsons Malaysia.

Ahli Home Testers Club Malaysia, pelakon Fahrin Ahmad dan personalit­i

TV, Belinda Chee turut mengambil bahagian menyatakan ikrar sebagai wakil pengguna yang mengalami gigi sensitif.

Pada majlis pelancaran kempen berkenaan,

Fahrin turut berkongsi pengalaman­nya yang terpaksa menanggung kesakitan kerana percaya ia masih boleh ditahan.

“Ada kalanya saya masih boleh tahan rasa sakit gigi kerana ia tidak lama. Begitupun, ada masa kesakitan yang dialami boleh menjejaska­n ‘mood’ saya.

“Justeru, saya percaya sudah sampai masanya untuk mengambil peluang membuat ikrar ini bagi menghentik­an penderitaa­n senyap itu,” katanya.

Penghidap gigi sensitif perlu berjumpa pakar

 ??  ?? DARI (kiri) FAHRIN, Stacy, Dr Ng dan Belinda pada majlis pelancaran
kempen tangani gigi sensitif.
DARI (kiri) FAHRIN, Stacy, Dr Ng dan Belinda pada majlis pelancaran kempen tangani gigi sensitif.
 ??  ?? KEMPEN ‘Ikrar Menentang
Gigi Sensitif’ bagi membantu menyelesai­kan masalah biasa dialami ramai individu.
KEMPEN ‘Ikrar Menentang Gigi Sensitif’ bagi membantu menyelesai­kan masalah biasa dialami ramai individu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia