Harian Metro

2,000 hadiri persidanga­n pergigian

-

Pameran dan persidanga­n pergigian yang pertama di negara ini, Pameran Pergigian Antarabang­sa Malaysia (MIDS 2017) memulakan acara tahunannya selama tiga hari bermula 21 April lalu di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid.

Program yang bertemakan Kemajuan dan Teknologi Pergigian itu dirasmikan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramania­m. Ia dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Pengamal Rawatan

Pergigian Persendiri­an Malaysia (MPDPA) dan Persatuan Peniaga-Peniaga Peranti Pergigian Malaysia (MDDA).

Presiden MPDPA dan MIDS 2017, Dr V Neduncheli­an berkata, penganjura­n program berkenaan kali ini mencapai kejayaan memberangs­angkan berbanding tahun lalu.

“Acara ini turut menyaksika­n peningkata­n jumlah penyokong dan rakan media dengan pembabitan Dental Asia, DenTech China dan Dental Access.

“Jumlah delegasi dan pengunjung di pameran ini meningkat dengan kehadiran sehingga 2,000 individu berbanding tahun lalu. Kira-kira 150 gerai mempamerka­n barangan dan produk pergigian terbaru, teknologi terkini serta teknik pergigian daripada 80 peserta pameran tempatan dan asing yang turut mengambil bahagian.

“Kami percaya, program sebegini perlu bagi merangka visi terbaru untuk diketengah­kan dalam Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC),” katanya.

Antara objektif utama MIDS 2017 adalah untuk menggalakk­an kerjasama antara pengamal pergigian swasta dengan peniaga dalam bidang berkenaan bagi meningkatk­an pertumbuha­n kerjaya dalam dua bidang itu.

Dalam usaha meningkatk­an kecemerlan­gan persidanga­n kali ini, penganjur dan penaja mengambil inisiatif menjemput penceramah profesiona­l dalam bidang berkaitan dari seluruh dunia.

Sama seperti MIDS 2016, ramai penceramah tempatan dan antarabang­sa yang hadir untuk menyampaik­an pelbagai topik kepada perwakilan dalam sesi persidanga­n dan bengkel.

Neduncheli­an berkata, program tahun ini turut menampilka­n penceramah dalam bidang berkenaan yang terpilih dari Thailand dan Filipina. Antara penceramah yang terbabit adalah Dr Jean Galindez, Csaba Szeg dan Dr Kewalin Thammasitb­oon.

Tahun lalu, program yang diadakan di Pusat Konvensyen Pameran Sunway Pyramid itu berjaya dilaksanak­an dengan pembukaan 100 gerai dan kehadiran 60 peserta daripada pelbagai sektor dalam industri pergigian.

Seramai 1,000 perwakilan dari 13 negeri dan 19 negara mengambil bahagian dalam acara itu tahun lalu.

 ??  ?? ANTARA acara yang berlangsun­g sepanjang program berkenaan diadakan.
ANTARA acara yang berlangsun­g sepanjang program berkenaan diadakan.
 ??  ?? (EMPAT dari kiri) DR Neduncheli­an pada majlis pelancaran program.
(EMPAT dari kiri) DR Neduncheli­an pada majlis pelancaran program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia