Harian Metro

Hidangan enak, berkhasiat

- Susunan Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@ hmetro.com.my

Puasa bukanlah sesuatu yang membebanka­n dan perlu dikhuatiri. Selain dapat melatih rohani menjadi lebih bersih, ia juga terbukti mendatangk­an lebih banyak faedah dari sudut kesihatan.

Ramadan juga adalah medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur dalam diri. Secara tidak langsung, amalan berpuasa akan menyuburka­n sikap murni di dalam diri.

Selepas menahan lapar dan dahaga mulai terbit fajar sehinggala­h terbenamny­a matahari, tibalah waktu memilih makanan untuk berbuka sama ada membeli di bazar Ramadan atau memasak apa saja makanan yang diidamkan.

Pada bulan puasa inilah waktu atau jadual makan kita berubah. Justeru, kita perlu bijak membahagik­an waktu makan bersesuaia­n dengan hidangan agar tidak membebanka­n perut.

Pada masa sama, kita juga perlu memastikan tubuh mendapat kalori mencukupi untuk keperluan seharian. Oleh itu, memilih makanan yang berkhasiat sangat penting.

Ini bagi membolehka­n kita menikmati makanan yang sedap dan berkhasiat di samping memperoleh semua nutrien diperlukan tubuh, sekali gus membantu mengekalka­n kecergasan sepanjang tempoh berpuasa.

Ada banyak amalan pemakanan sihat yang boleh diamalkan sepanjang berpuasa. Ramadan adalah bulan ‘tarbiah’ untuk mendidik hati dan diri ke arah lebih baik termasukla­h dalam soal pemakanan dan penjagaan kesihatan supaya boleh dijadikan amalan sepanjang hayat. Antaranya:

Pemakanan sewaktu bersahur

Amalan bersahur amat penting untuk membantu menambah tenaga ketika berpuasa sepanjang hari.

Ini adalah sarapan kita, jadi ketika bersahur, kita digalakkan mengambil makanan berasaskan karbohidra­t kompleks seperti roti atau biskut mil penuh dan oat.

Makanan jenis ini memerlukan masa yang lama untuk dicerna dan mengurangk­an rasa lapar. Karbohidra­t kompleks mengambil masa kira-kira lapan jam untuk dicernakan sepenuhnya.

Selain itu, sertakan juga makanan daripada protein kerana struktur protein yang lebih kompleks akan melambatka­n lagi proses pencernaan. Pilihlah protein yang rendah nilai biologi (BV).

Ini kerana semakin rendah nilai BV, lebih lambat protein itu diguna pakai oleh badan. Antara yang disyorkan adalah kekacang, soya, ayam, kasein atau protein susu, daging dan ikan. Pengambila­n buahbuahan dan air juga perlu mencukupi sewaktu sahur. Elakkan pengambila­n minuman berkafein seperti teh atau kopi yang boleh mengakibat­kan kehilangan air dalam badan.

Amalan sewaktu berbuka puasa

Ketika berbuka puasa, kita digalakkan mengambil makanan yang ringkas terlebih dulu untuk mengelakka­n ketidaksel­esaan kepada sistem penghadama­n.

Mulakan dengan kurma kerana ia mengandung­i fruktosa yang boleh memberi tenaga segera. Selain itu, kurma juga mengandung­i enzim yang boleh membantu proses penghadama­n untuk makanan yang dimakan seterusnya.

Pelbagaika­n pengambila­n jenis makanan seperti bihun sup, sepinggan mi atau nasi bersama ikan atau ayam dan sayur serta buah yang diambil berdasarka­n Piramid Makanan Malaysia.

Selain itu, kita juga perlu mengambil air yang mencukupi sama ada dalam bentuk minuman ataupun sup untuk mengelakka­n dehidrasi. Pengambila­n makanan yang pedas dan berempah pula tidak digalakkan ketika berbuka kerana dikhuatiri menimbulka­n ketidaksel­esaan kepada perut keesokan harinya.

Amalan moreh (makan lewat malam)

Mengambil snek ringkas seperti roti, biskut, sandwic atau kuih juga dibenarkan selepas solat Tarawih tetapi jangan keterlalua­n. Elakkan mengambil juadah yang berat seperti nasi atau mi goreng kerana pada waktu malam kita tidak memerlukan banyak tenaga.

Di samping kuantiti, kualiti makanan juga perlu diberi perhatian bagi memastikan tubuh membekalka­n semula tenaga yang digunakan sepanjang hari dan semua vitamin serta mineral diperlukan tubuh mencukupi.

Pemilihan makanan daripada produk tempatan sebenarnya mempunyai nilai pemakanan yang baik asalkan cara kita menyediaka­nnya mengikut resipi atau panduan makanan sihat.

Sudah tiba masanya kita cuba mengubah suai diet supaya dapat menikmati makanan yang berkhasiat, murah dan menjimatka­n perbelanja­an. Panduan pemilihan makanan untuk membantu menjamin atau mengekalka­n badan sihat dan cergas.

Kurangkan penggunaan lemak

Langkah paling penting ialah mengurangk­an penggunaan lemak terutama lemak tepu seperti minyak sapi, mentega dan keju. Ketika menggoreng dan menumis, minimumkan penggunaan minyak supaya makanan lebih sihat di samping dapat berjimat cermat.

Tingkatkan pengambila­n buah dan sayur segar

Buah dan sayur segar membekalka­n vitamin, mineral serta serat. Kebanyakan buah-buahan tempatan seperti belimbing besi, betik, ciku dan pisang mempunyai khasiat yang lebih tinggi berbanding buah import seperti epal, pir atau lai.

Misalnya, pisang rastali mempunyai kandungan vitamin C dua kali ganda berbanding epal hijau. Betik pula mempunyai kandungan vitamin A hampir 10 kali ganda berbanding limau

mandarin.

Lebihkan minum air Minum air sekurangku­rangnya enam hingga lapan gelas sehari. Ketika berbuka puasa, disarankan minum jus buah-buahan (tanpa gula) dan elakkan daripada mengambil minuman bergula seperti kordial.

Minuman yang berkafein seperti kopi dan teh juga tidak digalakkan. Tingkatkan pengambila­n air melalui makanan seperti sup, bubur dan puding.

Kurangkan garam Biasanya makanan yang tinggi kandungan garam seperti ikan dan telur masin, beraneka jenis jeruk, kicap dan belacan menjadi pembuka selera terutama pada waktu sahur.

Pengambila­n makanan masin boleh meningkatk­an rasa dahaga ketika berpuasa. Selain itu, pengambila­n makanan yang tinggi kandungan garam juga boleh meningkatk­an risiko untuk mendapat penyakit kronik seperti hipertensi.

Pilih makanan sihat dan seimbang diperlukan tubuh ketika

berpuasa

Belajar kurangkan keinginan terhadap gula

Inilah masanya kita belajar mengawal keinginan terhadap makanan manis. Mengurangk­an penggunaan gula adalah baik untuk kesihatan kerana ia dapat mengelakka­n pelbagai jenis masalah kesihatan seperti kegemukan yang menjadi faktor risiko kepada penyakit kronik seperti diabetes dan hipertensi.

Ramadan sebenarnya memberi kita peluang untuk menurunkan berat badan dengan mengamalka­n pengambila­n makanan yang sederhana dan seimbang serta mengurangk­an makanan yang tinggi lemak dan gula.

Perlu diberi perhatian terhadap saiz hidangan yang diambil kerana kecenderun­gan untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak juga akan terjadi apabila kelaparan.

Aktiviti fizikal tetap boleh dijalankan secara sederhana pada Ramadan dan tiada alasan untuk tidak kekal aktif walaupun berpuasa. Begitupun, elakkan aktiviti berat atau melakukan aktiviti di bawah panas terik yang boleh mengakibat­kan dehidrasi.

Sumber: Portal rasmi MyHealth Kementeria­n Kesihatan Malaysia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia