Harian Metro

Apalah nasib kami berlapan...

Wanita bersama 7 zuriat ditinggal suami sejak lima bulan lalu menumpang teduh di rumah nenek

- Adnan Ibrahim am@hmetro.com.my

“Mujur ada rumah nenek untuk menumpang teduh. Jika tidak kami lapan beranak tidak tahu nak tuju mana lagi,” kata Shilla Borhan, 32.

Dia bersama tujuh anak ditemui di rumah neneknya, Alimah Said, 72, di Kampung Gunung Lambak 2, di sini, semalam.

Menurutnya, dia bersama anak berusia tujuh bulan hingga lapan tahun tiada pilihan selain mengharapk­an ihsan nenek selepas ditinggalk­an suami tanpa sebarang nafkah serta perbelanja­an dapur sejak lima bulan lalu.

Katanya, mereka sebelum ini menyewa di Taman Seri Impian, di sini, namun terpaksa keluar dari rumah itu selepas tidak mampu membayar sewa.

“Suami sering bertukar kerja menyebabka­n kehidupan kami terhimpit dengan masalah kewangan.

“Keadaan menjadi semakin teruk apabila suami keluar dari rumah dan meninggalk­an kami tanpa wang sara hidup,” katanya ketika menerima lawatan Timbalan Ketua Biro Kebajikan UMNO Bahagian Kluang Azman Miskam, semalam.

Dalam kunjungan itu, Biro Kebajikan UMNO turut menyumbang­kan wang bantuan segera selain memikirkan bantuan sewajarnya untuk diberikan kepada keluarga itu.

Shila berkata, kesihatan neneknya yang tidak menentu menyebabka­n dia dihimpit rasa bersalah kerana terpaksa menumpang bersama seorang bapa saudaranya.

“Usaha untuk mendapatka­n pendapatan tambahan terbantut kerana mesin pembakar biskut yang diberikan Jabatan Pertanian masih di rumah sewa didiami sebelum ini.

“Saya tidak mempunyai kenderaan untuk mengambil barang berkenaan selain tidak mempunyai modal untuk mengusahak­annya,” katanya.

 ??  ?? SHILA bersama enam daripada tujuh anaknya di Kampung Gunung
Lambak 2, Kluang, semalam.
SHILA bersama enam daripada tujuh anaknya di Kampung Gunung Lambak 2, Kluang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia