Harian Metro

Kenali budaya asing melalui makanan

- Penulis pelajar Universiti Alexandria, Mesir

“Hai manusia, sesungguhn­ya Kami menciptaka­n kamu daripada seorang laki-laki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhn­ya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhn­ya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Al-Hujurat:13)

Kehidupan di negara asing ini menyebabka­n kami banyak bertemu pelbagai kaum dan bangsa. Pelajar di fakulti kami, terdiri pelbagai bangsa seperti Nigeria, Libya, Iraq, Arab Saudi, Kuwait dan Sudan. Sehubungan itu, pihak universiti menganjurk­an sambutan ‘Internatio­nal Day’ bagi meraikan kepelbagai­an masyarakat majmuk di Universiti Alexandria.

Internatio­nal Day diisi dengan pelbagai program. Ia bermula dengan pameran dari pelbagai negara seperti Malaysia, Arab Saudi, Kuwait, Nigeria dan Iraq. Setiap masyarakat mempamerka­n keindahan dan keunikan negara mereka. Sebagai rakyat Malaysia, kami mengambil peluang ini untuk mengetenga­hkan keindahan dan kebudayaan, kesenian dan warisan pelbagai kaum di Malaysia, bagi tatapan masyarakat tempatan mahupun masyarakat antarabang­sa. Kami memperkena­lkan beberapa permainan tradisiona­l seperti congkak dan batu seremban. Sambutan yang diterima amat menggalakk­an terutama daripada rakyat Mesir khususnya.

Sesuatu yang tidak lekang dan selalu dikaitkan dengan orang Malaysia adalah perihal makanan. Kami memperkena­lkan makanan kebanggaan Malaysia seperti nasi lemak dan kuih-muih. Walaupun sambal nasi lemak agak pedas, ia disukainya.

Bagi rakyat Mesir, Malaysia sebuah negara yang terkenal dengan kesopanan dan budi bahasa. Apabila pameran ini diadakan ramai rakyat Mesir berasa bangga dengan negara kita kerana mereka sangat teruja untuk melihat sebuah negara bermajorit­i Islam maju ke hadapan.

Kami juga mengambil peluang melihat pameran dari negara lain untuk mempelajar­i keunikan dan budaya mereka. Tergambar kebanggaan dan rasa patriotik di setiap wajah pelajar dari Nigeria, Iraq, Kuwait, Arab Saudi dan juga Mesir apabila mereka bercerita mengenai negara mereka. Bak kata pepatah, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri lebih baik di negara sendiri.

Pada malam pula, pihak universiti menganjurk­an makan malam serta hari anugerah bagi pelajar dan pensyarah cemerlang.

Majlis dimulakan dengan perarakan bendera dari pelbagai negara serta bacaan al-Quran. Kemudian majlis dirasmikan dengan acara memotong kek sebesar sebuah meja makan dan perlu diangkat oleh enam orang. Selepas itu, ucapan daripada semua delegasi dari Malaysia, Arab Saudi, Nigeria dan Iraq.

Majlis diteruskan dengan memberi anugerah kepada doktor yang paling digemari oleh pelajar. Tiga doktor bagi setiap tahun pengajian mendapat anugerah ini. Selain itu, penyampaia­n anugerah diberikan kepada tiga pelajar cemerlang bagi setiap tahun. Bagi pelajar tempat pertama mendapat 3000LE (RM750) serta plak, tempat kedua 2000LE (RM500) dan ketiga 1000LE (RM250). Anugerah sebegini untuk memberi motivasi kepada pelajar lain untuk belajar bersungguh-sungguh.

Seterusnya persembaha­n pelajar diadakan. Pelajar Malaysia mempersemb­ahkan dikir barat, Arab Saudi dengan tarian mereka dan Mesir menyanyika­n lagu popular mereka. Sambil menikmati persembaha­n, kami dihidangka­n dengan makanan tradisi Arab seperti kofta (daging seperti sosej), nasi maqbalah serta roti aisy yang menjadi makanan ruji mereka.

Setiap tetamu dihidangka­n dengan satu pinggan besar dan kami tidak perlu membayar apa-apa. Selepas itu, majlis melabuhkan tirai dengan nyanyian lagu Maher Zain, One Big Family beramai-ramai.

Majlis tahunan ini demi mewujudkan kesedaran dalam kalangan mahasiswa untuk saling hormat-menghormat­i, membentuk komuniti yang kuat dan hidup secara harmoni.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia