Harian Metro

RUMPUT JUADAH IFTAR

- melaporkan dari Reyhanli, Turki Amir abd hamid

> “Itu kacang hummus, sejenis tumbuhan kekacang. Bapa mereka mencabutny­a di tanah sekitar kawasan khemah untuk diberikan sebagai makanan berbuka (puasa) anak-anaknya,” kata penterjema­h Bashir Ahmad, 28, kepada wartawan Harian Metro yang sayu sejurus melihat dua kanak-kanak berusia tujuh dan 10 tahun mengunyah tumbuhan itu sebaik azan Maghrib berkumanda­ng di sebuah khemah pelarian di pinggir bandar Reyhanli, kira-kira satu kilometer sahaja dari Bukit Harem, Syria.

Ramadan malah selalu berpuasa dan mengikat perut berlapar jika tiada mana-mana pihak tampil menghulurk­an sumbangan.

Dilaporkan konflik bersenjata di Syria yang belum bernoktah hingga kini menyebabka­n lebih 11 juta pendudukny­a meninggalk­an tanah air bertebaran menjadi pelarian di negara lain.

Sementara itu, Zulkifli berkata, sumbangan rakyat Malaysia berjumlah RM350,000 turut disalurkan oleh Muslim Care untuk manfaat pendidikan 1,840 pelajar pelarian Syria di Reyhanli.

Menurutnya, pelajar sekolah rendah dan menengah itu belajar di empat sekolah kendalian Muslim Care di Reyhanli dan dua sekolah di Syria iaitu di Idlib dan Ariha.

“Muslim Care mempunyai empat sekolah di Reyhanli iaitu Sekolah El-Hayat (170 pelajar), Sekolah An-Najah (150 pelajar), Sekolah Rendah Mustafa Kamal (320 pelajar) dan Sekolah Menengah Muslim Care (750 pelajar).

“Di Syria pula masing-masing satu sekolah rendah di Idlib (300

 Hati wartawan sayu melihat pelarian

Syria jamah tumbuhan untuk mengalas perut

pelajar) dan Ariha (150 pelajar). Namun, agak menyedihka­n dua sekolah di Turki iaitu Sekolah El-Hayat dan Sekolah An-Najah mungkin terpaksa ditutup akibat kekangan kewangan,” katanya.

Zulkifli berkata, selain bantuan pendidikan untuk anak pelarian Syria, pihaknya turut mengagihka­n bantuan keperluan asas makanan mengikut kemampuan kepada pelarian Syria yang tinggal di khemah sekitar sempadan Turki-Syria.

 ??  ?? Pelarian Syriaberbu­ka puasadenga­n tumbuhan kekacang
liar
Pelarian Syriaberbu­ka puasadenga­n tumbuhan kekacang liar
 ??  ??
 ??  ?? KANAK-KANAK Syria mengisi air ke dalam bekas plastik bagi persiapan berbuka puasa.
TANDAS di khemah pelarian menggunaka­n pokok sebagai tiang yang
ditutup dengan kanvas.
KANAK-KANAK Syria mengisi air ke dalam bekas plastik bagi persiapan berbuka puasa. TANDAS di khemah pelarian menggunaka­n pokok sebagai tiang yang ditutup dengan kanvas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia