Harian Metro

DUA BERADIK KORBAN BELI JUADAH

2 beradik maut motor dirempuh pacuan empat roda

- Zarina Abdullah am@hmetro.com.my

Hajat dua beradik untuk membeli kuih di bazar Ramadan bagi juadah berbuka puasa berakhir dengan tragedi apabila masing-masing meninggal dunia kelmarin dan semalam selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Kampung Tembila, dekat sini, petang kelmarin.

Muhammad Hafizuddin Che Mat, 21, yang juga penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan meninggal dunia di tempat kejadian selepas terbabit dalam kemalangan, jam 6 petang itu.

Mangsa dari Jalan Kampung Tembila, Kampung Kubang Ikan itu meninggal dunia akibat parah di kepala dan kedua-dua belah kakinya.

Adiknya, Muhammad Husaini, 17, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tembila yang juga parah di kaki dan badan dikejarkan ke Hos- pital Besut bagi mendapatka­n rawatan lanjut.

Bagaimanap­un, Husaini yang membonceng motosikal ditunggang abangnya itu menghembus­kan nafas terakhir jam 3.20 pagi semalam ketika menerima rawatan di Hospital Besut.

Ketua Polis Daerah Besut Superinten­dan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, sebelum kejadian dua beradik berkenaan dikatakan menaiki motosikal Modenas Kris dalam perjalanan dari arah Tembila ke Kampung Raja.

Menurutnya, berdasarka­n siasatan awal mendapati sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux yang datang dari arah bertentang­an dikatakan tiba-tiba mengalami kerosakan di bahagian belakangny­a.

“Pacuan empat roda itu kemudian terbabas sebelum memasuki laluan bertentang­an lalu merempuh motosikal yang dinaiki dua beradik berkenaan,” katanya.

Mohd Zamri berkata, pemandu Toyota Hilux berusia 36 tahun yang juga peniaga berasal dari Kampung Tok Dor cedera ringan di badan dan tangan.

“Penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pembonceng yang juga adiknya meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital, pagi semalam. “Siasatan lanjut kes berkenaan sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan menyebabka­n kematian,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang menyaksika­n kejadian berkenaan diminta tampil menyalurka­n maklumat bagi membantu siasatan berkaitan nahas itu.

Katanya, saksi juga boleh menghubung­i atau ke balai polis berhampira­n bagi memberi keterangan supaya siasatan lanjut dapat dijalankan.

 ??  ??
 ??  ?? PACUAN empat roda yang terbabit dalam kemalangan.
PACUAN empat roda yang terbabit dalam kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia