Harian Metro

RM50 BUNUH JANIN

 Promosi jualan dilakukan melalui pelbagai media sosial, video YouTube tarik pelanggan

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin anbia@hmetro.com.my

Khidmat bunuh janin dalam kandungan dengan caj bayaran semurah RM50. Itu antara kegiatan laknat beberapa individu yang dikesan menjual pil cytotec secara haram kepada wanita atau gadis terlanjur.

Khidmat ‘bunuh dan gugur janin’ itu dikesan dilakukan beberapa individu dan belia tempatan yang aktif mempromosi­kan penjualan pil itu melalui pelbagai media sosial.

Mereka tidak hanya menggunaka­n laman Wechat atau WhatsApp, malah turut menghasilk­an pelbagai video YouTube untuk menarik perhatian pelanggan membuat tempahan.

Malah mereka dikesan turut membuat video testimoni beberapa pelanggan wanita yang gembira kerana berjaya menggugurk­an kandungan masing-masing seperti dihajati.

Berdasarka­n siasatan dilakukan wartawan, kegiatan haram ini yang dikesan berlarutan sejak sekian lama terus dilakukan segelintir individu yang menggunaka­n pelbagai nama samaran di laman sosial.

Antara nama samaran paling popular dikesan digunakan antaranya Rose, Mister K, Ms A, Manja dan beberapa nama lain yang kebanyakan­nya tinggal di Lembah Klang.

Berdasarka­n penyamaran dilakukan terhadap sindiket ini, kebanyakan mereka menjual pil cytotec pada harga RM50 sebiji.

Seorang ‘jurujual’ pil gugur janin yang dihubungi wartawan Harian Metro semalam, mendakwa mempunyai bekalan mencukupi pil cytotec untuk dibeli pelanggan.

Lelaki itu yang memperkena­lkan diri sebagai Zul, bagaimanap­un memberitah­u pil cytotec hanya berkesan digunakan bagi kandungan berusia empat bulan ke bawah.

Wartawan: Zul, bila boleh dapat? nak cepat, terdesak ni.

Zul: Abang nak bila? kalau takut kena tipu, boleh jumpa, saya bagi ‘byhand’. Abang bayar ‘cash’.

Wartawan: Macam mana nak tahu ‘original’ atau tipu?

Zul: Saya jual barang tulen je. Abang boleh rujuk Google. Bentuk pil dan rupa sama macam dalam gambar. Pil enam segi dan ada cop 1461.

Wartawan: Awak ‘tolak’ berapa? mahal tak harga?

Zul: Barang susah nak cari. Saya jual sebiji RM50. Ini kira murah bang. Tempat lain harga lagi tinggi.

Wartawan: tak boleh bagi ‘kurang’ sikit ke harga. Mahal sangat ni!

Zul: Ini pil cytotec tulen bang. Abang boleh buka Youtube. Tulis ‘pil ...... janin’. Dalam video tu ada cara pakai pil ini. Abang boleh ajar ‘awek’ pakai. Ramai yang jual pil tiruan tapi saya punya pil tulen.

Wartawan: Kalau macam tu saya nak empat biji. Esok 10 malam jumpa di .......... Kuala Lumpur. Nanti saya call bila dah sampai lokasi.

Zul: Ok bang. Jumpa sana nanti. Bayar cash.

Wartawan yang turut meneliti laman web milik sindiket itu turut mendapati mereka mendedahka­n kaedah menggunaka­n pil Cytotec atau Misoprosto­l bagi menggugurk­an janin sama ada dengan cara ditelan atau dimasukkan ke dalam kemaluan.

Malah lebih mengerikan terdapat gambar janin bayi yang pernah digugurkan turut dimasukkan bersama di dalam laman web berkenaan tanpa rasa kesal.

Kegiatan itu jelas turut mendapat perhatian pihak Cawangan Penguatkua­sa Farmasi (CPF) Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) yang kini memantau pergerakan sindiket itu yang dipercayai didalangi golongan belia tempatan.

Sumber CPF berkata, pil untuk kegunaan sakit gastrik itu pernah digunakan penuntut kolej swasta berusia 21 tahun itu di Puchong, Selangor, untuk menggugurk­an kandungann­ya.

Menurutnya, suspek dipercayai melakukan hubungan seks terlarang dengan teman lelaki menyebabka­n dia mengandung anak luar nikah awal tahun ini.

“Malah KKM pernah menahan pasangan suami isteri yang dikesan aktif menyeludup pil gugur janin secara besar-besaran melalui pintu Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) tahun lalu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia