Harian Metro

RUMAH BARU DALAM SEMINGGU

- Ayusliza Azizan hmetroshah­alam@hmetro.com.my

 Lembaga Zakat Selangor janji cari rumah baru untuk 17 sekeluarga berumah di bawah jambatan

“Kami akan berusaha mengeluark­an mereka dari kawasan itu dalam tempoh seminggu. Itu janji saya kepada keluarga berkenaan,” kata Ketua Operasi Agihan Daerah Klang Lembaga Zakat Selangor (LZS) Mohd Shukri Hushin.

Menurutnya, membawa keluarga Eduar, 60, berpindah dianggap bantuan asas yang perlu dilakukan berikutan kawasan penempatan mereka tidak selesa untuk didiami 17 orang.

“Penempatan itu didapati bukan lokasi bersesuaia­n untuk pasangan suami isteri, empat anak dan cucu. Justeru, kita akan cuba mencari kawasan penempatan baharu untuk mereka.

“Selain itu, kami akan menilai kelayakan keluarga Eduar sebagai asnaf, fakir, miskin atau sebaliknya. Namun, hasil pemerhatia­n mendapati keluarga itu layak sebagai kategori miskin,” katanya ketika ditemui selepas menziarah keluarga malang itu di bawah sebuah jambatan di Jalan Kem, semalam.

Selain LZS, Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM), Unit Pelarasan Pelaksanaa­n (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan Ketua UMNO Bahagian Klang Datuk Nasaruddin M Zin tampil menghulurk­an bantuan seperti barangan keperluan harian serta wang tunai.

Mohd Shukri berkata, pihaknya turut memberi bantuan bekalan makanan dan mencari ikhtiar membantu keluarga itu dari segi pekerjaan berdasarka­n kemampuan masing-masing.

Sementara itu, Pegawai JKM Daerah Klang Khairul Atha Annuar berkata, pihaknya hanya dapat memberi bantuan kepada anak keluarga berkenaan melalui skim bantuan kanak-kanak.

“Ia berikutan pasangan suami isteri itu bukan warganegar­a namun anak mereka warga Malaysia. Kami akan memberi bantuan kepada mereka sehingga berusia 18 tahun secara bulanan mengikut keupayaan keluarga.

“Selain itu, kami akan mengenal pasti keperluan lain untuk keluarga berkenaan,” katanya.

Muka depan Metro Ahad melaporkan menghuni rumah yang seakan-akan pondok bersama 17 ahli keluarga di bawah jambatan di Jalan Kem itu bukanlah mudah buat keluarga Eduar.

Lebih menyedihka­n mereka bukan saja membina dua pondok itu daripada papan lapis serta berbumbung­kan zink terpakai, tetapi bekalan elektrik dan air juga diperoleh hasil belas ihsan jiran yang menyambung­kan kemudahan itu ke rumah mereka.

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Metro Ahad, 28 Mei lalu.
NASARUDDIN (kiri) dan Khairul Atha (dua dari kiri) menghulurk­an bantuan kepada Eduar sekeluarga.
LAPORAN Metro Ahad, 28 Mei lalu. NASARUDDIN (kiri) dan Khairul Atha (dua dari kiri) menghulurk­an bantuan kepada Eduar sekeluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia