Harian Metro

PERNAH DILATIH AL-QAEDA

 Empat pegawai tinggi batalion Ansar Al Shariah antara calon ganti Isnilon Hapilon

-

Selain bekas pensyarah Universiti Malaya (UM) Dr Mahmud Ahmad, dua pengikut Darul Islam Sabah (DIS) iaitu Mohd Amin Baco dan Jeknal Adil bakal menggantik­an Isnilon Hapilon.

Mohd Amin dan Jeknal sememangny­a antara empat ‘pegawai tinggi’ dalam batalion Ansar Al Shariah selain Mahmud dan bekas pembantu kedai buku di UM Mohamad Joraimee Awang Raimee. Kedua-dua individu itu mempunyai pengetahua­n yang luas dalam bidang operasi dan dikatakan ‘pakar’ dalam taktikal peperangan ala gerila.

Perkara itu didedahkan Pengarah Institut Kajian Penyelidik­an Strategik Malaysia (MyRISS) Dr Mohd Mizan Mohd Aslam yang melihat kelebihan Mohd

Mahmud juga pernah mendapat latihan militan di kem latihan Al-Qaeda di Afghanista­n di bawah pimpinan Osama Laden”

Dr Mohd Mizan Mohd Aslam

Amin dan Jeknal dari sudut operasi kumpulan militan itu.

“Mohd Amin dan Jeknal antara pimpinan atasan batalion Ansal Al Shariah dan berpengeta­huan luas dalam aspek strategi ala gerila memandangk­an mereka terbabit secara langsung dengan operasi.

“Kedua-dua individu ini berada dalam batalion tentera yang sama dan turut berperanan dalam perancanga­n operasi dan taktikal. Berbeza dengan Mahmud, dia lebih digunakan sebagai ‘spiritual leader’ (pemimpin keagamaan).

“Mahmud banyak dirujuk dalam aspek hukum serta pengeluara­n fatwa memandangk­an beliau mempunyai aliran akademik yang kukuh dan pernah menuntut di Pakistan,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Mohd Mizan berkata, Mahmud juga pernah mendapat latihan militan di kem latihan Al-Qaeda di Afghanista­n di bawah pimpinan Osama Ben Laden.

“Biarpun Mahmud antara nama yang disebut menggantik­an Isnilon (Hapilon) memandangk­an beliau kini mengetuai batalion Ansar Al Shariah, namun wujud kemungkina­n Mohd Amin dan Jeknal turut berpeluang mengetuai organisasi itu.

“Mahmud akan lebih berperanan sebagai ‘spiritual leader’ dan menjadi pakar rujuk dalam mengeluark­an hukum serta fatwa, manakala Mohd Amin dan Jeknal lebih sebagai ‘Jeneral’ tentera yang mahir dalam strategi gerila,” katanya.

Sejak minggu lalu, Mahmud ketua batalion Ansar Al Shariah bersama kumpulan Maute mempertaha­nkan Isnilon yang menjadi buruan pihak tentera.

Pertempura­n yang meletus menyebabka­n Presiden Filipina

Redrigo Duterte mengisytih­arkan undang-undang tentera di seluruh Mindanao selepas dua anggota tentera maut serta puluhan lagi cedera dalam operasi, 23 Mei lalu.

Pertembung­an antara pihak tentera dan militan Daish itu menyebabka­n lebih 200,000 penduduk Bandar Marawi meninggalk­an kawasan berkenaan.

Keengganan segelintir penduduk tempatan meninggalk­an kawasan pertempura­n juga menyebabka­n sebahagian daripada mereka maut kerana terperangk­ap dalam pertembung­an kedua-dua pihak.

Untuk rekod, selain ahli kumpulan tetap, militan Daish juga diperkuatk­an lebih 300 banduan yang dibebaskan dari penjara selepas menguasai bandar berkenaan.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA tentera memeriksa penunggang motosikal di bandar Marawi.
ANGGOTA tentera memeriksa penunggang motosikal di bandar Marawi.
 ??  ?? PENDUDUK Marawi berpindah ke kawasan yang lebih selamat.
PENDUDUK Marawi berpindah ke kawasan yang lebih selamat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia