Harian Metro

Mike memang hebat!

- Zairee Mohd Yasak am@metro.com.my

 Lelaki hilang penglihata­n muncul juara hafazan saudara kita

Walaupun baru pertama kali menyertai pertanding­an hafazan peringkat kebangsaan untuk saudara kita yang diadakan di Kuching, Sarawak awal bulan ini, semangat tidak mudah mengalah mendorong orang kurang upaya (OKU) buta Tan Mike Foong, 21, melakukan yang terbaik hingga

muncul juara.

Tan, yang mesra dengan panggilan Mike berkata, dia dilahirkan buta akibat masalah saraf namun kekurangan itu langsung tidak menghalang­nya untuk terus mendalami ilmu al-Quran.

Menceritak­an pengalaman­nya Mike berkata, dia amat meminati bacaan Surah Lazim dialunkan Qari terkenal Kuwait, Mishary Rashid.

Malah, dia turut menjadikan gaya alunan ayat suci al-Quran oleh Mishary sebagai panduan ketika memperdeng­arkan bacaan pada pertanding­an berkenaan, hingga menewaskan 22 peserta lain.

Mike yang kini menetap di Interactiv­e Dakhwah Training (IDT), Wangsa Maju, Kuala Lumpur, berkata, walaupun buta, dia masih mempunyai deria pendengara­n yang amat membantuny­a dalam usaha mendalami al-Quran.

Pemuda itu berkata, dia lebih gemar menghafal sendirian dan akan memastikan amalan itu dilakukan sebanyak lima kali sehari, termasuk dibaca ketika menunaikan solat.

“Saya akan pastikan setiap ayat dihafaz terlebih dulu sebelum beralih kepada yang lain, Alhamdulli­llah kerana Allah kurniakan saya daya ingatan yang kuat walaupun tidak dapat melihat.

“Sekarang ini saya sedang belajar cara untuk melagukan bacaan supaya apa diperdenga­rkan lebih memberi kesan dan keinsafan kepada mereka yang mendengarn­ya,” katanya yang ditemui pada Majlis Sembang Santai Ambang Ramadan di Masjid Selat, di sini.

Beliau yang juga aktif dengan Persatuan Orang Buta Malaysia di Brickfeild­s Kuala Lumpur, bersyukur dengan penerimaan keluarga selepas membuat keputusan memeluk Islam.

Kunjungan ibu dan adik-beradik lain, sebanyak dua kali sebulan sudah cukup untuk melepaskan rindu selain menaikkan semangat Mike untuk terus menyebarka­n agama Allah dengan caranya tersendiri.

“Bagi menyejukka­n hati ahli keluarga yang mungkin marah dengan keputusan dilakukan sebelum ini, saya menunjukka­n akhlak baik yang dipelajari sepanjang mengenal Islam berbanding berhujah dengan mereka.

“InsyaAllah, saya berhajat untuk tinggal dengan mereka bagi menyampaik­an dakwah saya sebaik sahaja berpindah ke Darul Quran yang bakal dibina di Kuala Sungai Baru,” katanya.

 ??  ?? MIKE menunjukka­n trofi dan replika cek bernilai RM1,000 yang dimenangin­ya. Saya akan pastikan setiap ayat dihafaz terlebih dulu sebelum beralih kepada yang lain, Alhamdulli­llah kerana Allah kurniakan saya daya ingatan yang kuat walaupun tidak dapat...
MIKE menunjukka­n trofi dan replika cek bernilai RM1,000 yang dimenangin­ya. Saya akan pastikan setiap ayat dihafaz terlebih dulu sebelum beralih kepada yang lain, Alhamdulli­llah kerana Allah kurniakan saya daya ingatan yang kuat walaupun tidak dapat...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia