Harian Metro

Trauma sampai gugur

- Mohd Hasbi Sidek am@hmetro.com.my

 Mangsa samun mahu ambil tindakan terhadap Uber

Wanita yang menjadi mangsa samun pemandu Uber akan mengambil tindakan terhadap syarikat perkhidmat­an pengangkut­an berkonsepk­an teksi itu.

Mangsa kejadian, Wong Mei Yan, 26, berkata, kejadian itu menyebabka­n dia tertekan dan mengalami gangguan emosi sehingga mengalami keguguran.

“Saya mengalami keguguran seminggu selepas kejadian itu dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Uber akibat tekanan emosi serta kerugian ditanggung,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam kejadian jam 9.26 malam Ahad lalu, mangsa yang juga jurujual berusia 26 tahun menempah perkhidmat­an itu untuk pulang ke rumahnya di Bandar Puchong Jaya dari sebuah pusat beli-belah di Bangsar.

Kereta yang sama turut membawa seorang lelaki yang duduk di kerusi penumpang hadapan, namun mangsa tidak mengesyaki apa-apa sehinggala­h kenderaan itu tiba berhampira­n pusat perniagaan One Puchong.

Penumpang lelaki itu mengacukan pisau ke arah mangsa dan mengarahka­nnya menyerahka­n barangan peribadi termasuk cincin tunang lalu dia ditinggalk­an di tepi jalan.

Seorang daripada suspek dijejaki dan ditahan polis di kawasan rehat dan rawat (R&R) Pagoh, Johor, jam 11 malam, Khamis lalu.

Menceritak­an semula kejadian itu, Wong berkata, dia menyedari kehadiran seorang lagi penumpang berada di kerusi hadapan selepas pemandunya berborak dengan lelaki yang merompakny­a.

Wong berkata, dia hanya bercakap dengan pemandu Uber ketika lelaki itu menggunaka­n jalan lain, walaupun diarahkan untuk menggunaka­n jalan yang betul.

Dia kini yang masih dalam keadaan lemah berkata, lelaki yang duduk di sebelah pemandu itu mengacukan pisau ke arahnya dan mengarahka­n dia menyerahka­n barangan peribadi.

Saya alami keguguran seminggu selepas

kejadian itu

Wong Mei Yan

 ??  ?? WONG menunjukka­n imej imbasan dia mengalami keguguran.
WONG menunjukka­n imej imbasan dia mengalami keguguran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia