Harian Metro

Muhammad Ramadan

- Noor Ainum Ibnu Hajar Abu Seman am@hmetro.com.my

Bayi lelaki malang yang ditemui orang ramai dibuang di dalam tong sampah di Taman Temerloh Jaya, di sini, dinamakan Muhammad Ramadan.

Nama itu dicadangka­n Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Shahaniza Shamsuddin yang berpendapa­t, ia sesuai dengan bayi lelaki berkenaan sempena kelahirann­ya pada bulan penuh keberkatan ini.

Beliau berkata, dengan pemilihan nama itu, bayi malang yang dijumpai pada hari kedua Ramadan dapat membesar dengan sihat selain dilimpahi keberkatan.

“Saya berharap dengan cadangan nama ini, bayi lelaki ini akan dilimpahi keberkatan sempena bulan mulia ini,” katanya ketika menziarahi bayi berkenaan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), di sini, semalam.

Hadir sama dalam program ziarah itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri, Zulkhairi Zainal Abidin, Timbalan Pengarah HOSHAS, Datuk Nur Azlina Abdul Aziz dan pegawai JKM serta kakitangan hospital berkenaan.

Mengulas perkembang­an bayi itu, Shahaniza berkata, buat sementara waktu, bayi berkenaan akan dipantau oleh pihak hospital selama seminggu.

“Alhamdulil­lah, saya dimaklumka­n oleh doktor yang merawatnya, bayi itu dalam keadaan stabil dan lukanya juga sudah dirawat. Pada masa sama, pihak JKM juga akan memantau bayi ini dari segi keperluann­ya sehingga dia di serahkan kepada JKM untuk tindakan selanjutny­a.

“Selain itu, orang ramai yang ingin menjadikan bayi itu sebagai anak angkat boleh berbuat demikian sebaik saja urusan membabitka­n undang-undang selesai,” katanya memaklumka­n kejadian membuang bayi itu sebagai kes pertama untuk tahun ini.

Sementara itu, Zulkhairi berkata, pihaknya berharap mana-mana individu yang hamil di luar nikah supaya tampil bertemu pegawai

“Sekiranya berlaku kejadian sebegini, mereka boleh mengadu dan menyerahka­n bayi kepada kami. Pihak kami tidak akan mengambil tindakan.

“Malah, kami akan merahsiaka­n identiti individu itu dan memberi perlindung­an sewajarnya termasuk da-

 Nama bayi dibuang dalam tong sampah di Taman Temerloh Jaya

ripada ahli keluarga sendiri. Sekurang-kurangnya, dengan tindakan ini, kami dapat membantu masyarakat, sekali gus menyelamat­kan nyawa bayi yang tidak berdosa,” katanya memaklumka­n akan mendaftark­an nama bayi itu seperti yang dicadangka­n Shahaniza.

Kelmarin, Harian Metro melaporkan, bayi masih bertali pusat dibuang di dalam tong sampah sebelum ditemui penduduk di Taman Temerloh Jaya yang bertindak melaporkan­nya kepada polis.

 ??  ?? SHAHANIZA memangku bayi lelaki yang dijumpai masih bertali pusat. LAPORAN Harian Metro, semalam.
SHAHANIZA memangku bayi lelaki yang dijumpai masih bertali pusat. LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia