Harian Metro

Onar Pok Su kini terbalas Jel 34 tahun, lapan sebatan

- Muhamaad Razis Ismail razis@hmetro.com.my Muhamaad Razis Ismail razis@hmetro.com.my

 Mekanik noda gadis lembam dijel 14 tahun

Tindakan terkutuk seorang mekanik merogol seorang gadis lembam yang dalam perjalanan pulang selepas mengaji membawa padah apabila dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan enam sebatan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Hakim Nazri Ismail menjatuhka­n hukuman itu selepas tertuduh Mohamad Faizal Adlan Husin, 24, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah memerintah­kan hukuman berjalan dari tarikh tertuduh ditangkap pada 20 November 2016.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Faizal didakwa merogol mangsa berusia 23 tahun di dalam bengkel motosikal di Kampung Permatang Pasir, Bachok pada jam 8.30 malam, Julai 2016.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(k) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n fakta kes, sebelum kejadian mangsa berjalan pulang ke rumahnya selepas selesai belajar mengaji al-Quran di rumah ibu saudaranya di kampung sama.

Apabila tiba di hadapan sebuah bengkel motosikal, seorang lelaki yang dikenali sebagai Pok Su (tertuduh) menarik mangsa dengan kasar dan menutup mulutnya dengan kain tudung mangsa serta mengangkat­nya masuk ke kedai sebelum merogolnya.

Tertuduh kemudian mengugut mangsa supaya tidak menceritak­an kepada sesiapa sebelum wanita itu pulang ke rumah tanpa memaklumka­n kejadian itu kepada keluargany­a.

Pada 18 November 2016 mangsa dibawa keluargany­a ke sebuah klinik untuk pemeriksaa­n kerana perutnya sakit dan hasil pemeriksaa­n mendapati mangsa mengandung 18 bulan.

Siasatan yang dijalankan, mangsa menyatakan Pok Su merogolnya.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Azlinawati Mohd Arshad memohon hukuman setimpal kerana mangsa dalam kejadian ini seorang orang kurang upaya (OKU).

“Kerana kekurangan mangsa, tertuduh mengambil kesempatan terhadapny­a mengakibat­kan mangsa masih trauma dengan kejadian itu,” katanya.

Guru Bahasa Inggeris sebuah sekolah di Tanah Merah hanya mampu menundukka­n wajahnya selepas dijatuhi hukuman penjara 34 tahun dan lapan sebatan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Dia dijatuhi hukuman itu selepas didapati bersalah terhadap dua pertuduhan merogol pelajar perempuan tingkatan tiga, dua tahun lalu.

Hakim Nazri Ismail memutuskan demikian terhadap tertuduh, Nurhaslima­n Ghazali, 36, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Mahkamah yang menjatuhka­n hukuman penjara 17 tahun dan empat sebatan bagi setiap pertuduhan, memerintah­kan hukuman berjalan secara berturutan bermula semalam.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun 10 bulan di sebuah rumah di Kampung Pangkal Changgong, Machang jam 7.30 malam, 23 April 2015.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa sama di lokasi sama pada jam 1 pagi, 25 April 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

 Guru bersalah perkosa pelajar perempuan

Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman ringan yang berjalan secara serentak kerana sudah insaf dengan kesalahann­ya.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya Nor Azlinawati Mohd Arshad memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira tertuduh adalah seorang guru dan kesalahan serius yang dilakukan.

“Tertuduh yang sudah tahu membezakan perkara baik dan buruk mengambil kesempatan terhadap kedaifan mangsa.

“Oleh itu, saya mohon hukuman setimpal untuk memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai supaya tidak mengulangi kesalahan sama,” katanya.

 ?? ZAMAN HURI ISA ?? MOHAMAD Faizal dibawa keluar dari mahkamah, semalam.
ZAMAN HURI ISA MOHAMAD Faizal dibawa keluar dari mahkamah, semalam.
 ??  ?? NURHASLIMA­N didapati bersalah terhadap dua tuduhan merogol pelajar.
NURHASLIMA­N didapati bersalah terhadap dua tuduhan merogol pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia