Harian Metro

Murid sekolah ‘ganggu’ Nabil

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

 Pelakon tukar nombor telefon bimbit akibat terima panggilan individu tak dikenali

Pelakon dan pelawak, Nabil Ahmad terpaksa menukar nombor telefon bimbitnya berikutan sering menerima panggilan dan gangguan daripada individu tidak dikenali termasuk murid sekolah.

Nabil berkata, dia dimaklumka­n nombor telefonnya turut dimasukkan dalam kumpulan aplikasi WhatsApp ‘Group UPSR’ hingga kerap mendapat panggilan telefon daripada murid sekolah.

“Saya mula syak ada yang menyebarka­n nombor telefon apabila kerap mendapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.

“Kebanyakan mereka pula adalah murid sekolah,” katanya.

Nabil berkata, berikutan tidak selesa dengan situasi itu dia terpaksa akur untuk menukar kepada nombor yang baru.

“Sudah lama saya memakai nombor itu, malah semua orang yang berurusan dengan saya sudah maklum dengan nombor yang digunakan itu.

“Mahu tidak mahu saya terpaksa juga tukar kerana mereka suka telefon tidak kira masa termasukla­h tengah malam,” katanya.

Nabil berkata, selain dirinya, pelakon Lisa Surihani turut menerima nasib sama apabila nombor telefonnya dimasukkan dalam kumpulan WhatsApp yang sama.

“Saya tidak tahu siapa yang menyebarka­n nombor telefon saya. Apa yang mereka lakukan sangat menyusahka­n saya,” katanya.

Kuala Lumpur: Pelakon Elvina Mohamad kesal dengan tindakan individu tidak bertanggun­gjawab yang menggunaka­n gambarnya menyebabka­n netizen menuduhnya terbabit dalam kes dadah, baru-baru ini.

Elvina, 22, berkata, seorang individu dalam gambar itu ditahan akibat kesalahan dadah dan disebabkan secara kebetulan Elvina berada dalam gambar itu, dia turut dikatakan ditahan selepas ia tular di Facebook sejak minggu lalu.

“Saya terkejut kerana tidak tahu-menahu dengan apa yang berlaku. Saya dimaklumka­n menerusi rakan dan peminat yang menghantar mesej di Instagram.

 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR yang tular di FB menunjukka­n Elvina (tengah) bersama individu tidak dikenali.
GAMBAR yang tular di FB menunjukka­n Elvina (tengah) bersama individu tidak dikenali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia