Harian Metro

Ligat ‘dagang’ wanita

- Fardy Bungga dan Amirul Aiman Hamsuddin am@hmetro.com.my

 ‘Bapa ayam’ tanpa segan silu panggil orang ramai langgan pelacur

Langsung tidak menghormat­i Ramadan dengan terus ligat ‘menjual’ wanita. Itu disimpulka­n wartawan ketika meninjau kawasan pelacuran terbesar di ibu kota di Lorong Petaling, semalam.

Sekumpulan ‘bapa ayam’ dilihat tanpa segan silu memanggil orang ramai yang melalui kawasan berkenaan untuk melanggan ratusan pelacur yang diletakkan di deretan premis.

Tinjauan selama dua jam di sepanjang jalan berkenaan mendapati penjaga dan ‘bapa ayam’ masih galak dengan aktiviti maksiat dianjurkan dengan lebih tertumpu di lorong belakang premis sebagai laluan masuk utama.

Walaupun amaran demi amaran sudah diberikan polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), ia langsung tidak menjejaska­n kegiatan haram itu.

Malah, penjaga rumah pelacuran di lokasi itu turut berada dalam keadaan berwaspada untuk menutup premis sekiranya pihak berkuasa dilihat muncul di lokasi ‘panas’ itu.

Ketika memasuki premis, wartawan melihat beberapa penjaga membabitka­n warga Bangladesh dan Nepal mengawal kumpulan pelacur dalam jagaan mereka.

Sebilangan mereka tidak fasih berbahasa Melayu dan perlu menggunaka­n bahasa isyarat sekiranya mahu berkomunik­asi dengan pelacur.

Seorang penjaga rumah pelacuran itu mendakwa, pusat maksiat itu hanya ditutup dua hari sebelum beroperasi semula selepas keadaan didapati ‘selamat’.

Menurutnya, bangunan itu dikosongka­n sementara selepas berita berhubung kawasan itu disiarkan di akhbar.

“Tapi ‘bisnes’ sambung semula apabila tiada operasi dilakukan. Semua kembali normal,” katanya.

Harian Metro sebelum ini membongkar kegiatan ‘15 pintu noda’ yang dikesan menjalanka­n perniagaan pelacuran tanpa rasa takut meskipun pihak berkuasa membuat kenyataan membantera­s aktiviti itu habis-habisan.

Sementara itu, seorang peniaga tempatan, Muhammad Iqbal Ismail, 42, menyifatka­n kegiatan maksiat pada bulan Ramadan itu mencemarka­n kesucian Islam.

 ??  ?? BAPA ayam yang menunggu kehadiran pelanggan di Lorong Petaling, semalam.
BAPA ayam yang menunggu kehadiran pelanggan di Lorong Petaling, semalam.
 ??  ?? PEKERJA menyimen semula pintu belakang pusat pelacuran.
PEKERJA menyimen semula pintu belakang pusat pelacuran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia