Harian Metro

Pegawai kanan polis bebas

- Mohd Husni Mohd Noor am@hmetro.com.my

 Deputi superinten­dan direman kes rasuah dilepaskan dengan jaminan RM50,000

Seorang pegawai kanan polis berpangkat deputi superinten­dan yang direman berkaitan kegiatan mengutip wang rasuah daripada pengusaha pusat judi dan rumah urut di sekitar Melaka dibebaskan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam dengan wang jaminan RM50,000.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membebaska­n suspek lelaki berusia 49 tahun itu dengan jaminan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, ditahan SPRM di pejabatnya pada 22 Mei lalu.

Terdahulu, suspek tiba di Mahkamah Majistret, di sini, jam 9.00 pagi diiringi pegawai SPRM.

Setakat ini, 13 individu ditahan SPRM termasuk sembilan pegawai dan anggota polis untuk siasatan kes terbabit.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) dan 17(a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Sebelum ini, mahkamah sama pada Sabtu turut membebaska­n 10 individu yang direman berkaitan kes sama termasuk dua ketua polis daerah, dua polis berpangkat asisten superinten­dan, dua polis berpangkat inspektor serta seorang koperal dengan jaminan RM50,000 setiap seorang. Dua suspek suami isteri berusia 33 dan 36 tahun yang ditahan kerana mendera hingga mati anak mereka di Jalan USJ 1/1A, Regalia Business Centre, di sini, pernah dipenjara di New Zealand atas kesalahan dadah.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Azlin Sadari berkata, mangsa kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dipelihara nenek ketika ibu dan bapanya dihukum penjara.

Beliau berkata, dua suspek itu pulang ke Malaysia Jun tahun lalu selepas dibebaskan dari penjara.

 ??  ?? SUSPEK dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.
SUSPEK dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia