Harian Metro

Terkenang masakan isteri

- Kamariah Samir dan Ayshah Mohd Jamaludin am@hmetro.com.my

Segala keseronoka­n dan keindahan berbuka puasa bersama isteri kini tinggal kenangan yang akan sentiasa dirinduiny­a.

Kehilangan insan tercinta tentu sekali memeritkan, namun kesedihan itu dapat diatasi warga emas, Md Zin Idris dengan kerap menziarahi pusara arwah isteri selain melihat anak serta cucu membesar dengan baik.

Md Zin, 69, berkata, kedatangan Ramadan kali ini sudah pasti menggamit kerinduann­ya kepada arwah isteri, Rohana Abd Rahman yang meninggal dunia dua

 Warga emas ziarah kubur dua kali sebulan ubati kerinduan

tahun lalu ketika berusia 59 tahun akibat

iaitu kecelaruan sistem pertahanan tubuh.

“Saya akan menziarahi pusara isteri di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, dua kali sebulan. Saya dan arwah isteri hidup bersama selama 38 tahun.

“Kenangan menyambut Ramadan bersama isteri sentiasa segar diingatan. Sebelum ini, isteri akan memasak dan kami berbuka bersama serta menunaikan solat tarawih,” katanya ketika ditemui selepas menziarahi kubur arwah isterinya, semalam.

Katanya, sudah menjadi rutinnya menziarahi dan membaca al-Quran serta doa di pusara isteri dan ia diteruskan walaupun pada Ramadan.

“Tahun ini tahun kedua saya dan anak tunggal, Marlina Md Zin, 33, menyambut Ramadan tanpa arwah. Biarpun peristiwa itu sudah lama berlalu, ia masih diingati kerana kematian arwah berlaku begitu mendadak.

“Walaupun sedih, kami menerima takdir Allah,” katanya yang menetap di Taman Bukit Kepayang, di sini.

Md Zin yang juga pesara berkata, menziarahi kubur disunatkan kepada umat Islam pada bila-bila masa bagi mengingatk­an semua pada hari akhirat.

 ??  ?? MD Zin menziarahi kubur isterinya di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, semalam.
MD Zin menziarahi kubur isterinya di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia