Harian Metro

Pantau kebersihan bazar Ramadan elak keracunan

-

Penjagaan dan kualiti kebersihan makanan di bazarRamad­an di sekitar ibu kota masih perlu diperbaiki dan dipertingk­atkan bagi mengelakka­n isu pencemaran dan keracunan makanan daripada berlaku.

Pengarah Eksekutif Pembanguna­n dan Sosio Ekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Ibrahim Yusoff berkata, walaupun kesedaran dalam menjaga kebersihan makanan sudah wujud dalam kalangan penjaja, namun jumlah sampel makanan tercemar yang diambil masih mencatatka­n jumlah yang tinggi.

“Pada 2015, daripada 1,005 sampel makanan yang diambil, sebanyak 346 sampel atau 34.4 peratus didapati gagal menepati standard kebersihan makanan manakala pada tahun 2016, 229 (38.8 peratus) daripada 590 sampel makanan juga tercemar.

“Penjaja yang didapati melanggar standard ini akan dikenakan notis kompaun dan disenaraih­itamkan oleh Jabatan Pelesenan dan Penjaja DBKL selain dilarang berniaga di mana-mana bazar

Ramadan pada tahun akan datang,” katanya ketika berucap pada Program Keselamata­n Makanan Bazar Ramadan 2017, di sini semalam. Turut hadir Pengarah Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, Dr Norhayati Abdullah serta Timbalan Pengarah Kesihatan Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan di Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Putrajaya, Sazali Harun.

Ibrahim berkata sepanjang tahun lalu, sebanyak 50 notis kompaun dikeluarka­n kepada penjaja yang gagal menyediaka­n makanan bersih manakala 59 notis kompaun dikeluarka­n menerusi aktiviti pemantauan sanitasi di gerai-gerai bazar Ramadan.

“Tahun ini, sebanyak 840 sampel makanan akan diambil dari 14 tapak bazar Ramadan utama di Kuala Lumpur dan juga membabitka­n pemeriksaa­n dari aspek sanitasi ke atas penjaja dan gerai mereka,” katanya.

Antara standard kebersihan yang ditetapkan oleh Unit Keselamata­n Makanan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL ialah mendapatka­n suntikan anti tifoid, memakai apron, sarung tangan dan topi semasa menjual makanan serta menyediaka­n penyepit untuk mengambil makanan.

Sementara itu, Dr Norhayati berkata jabatannya menyasarka­n penurunan sebanyak 20 peratus dalam keseluruha­n jumlah sampel makanan tercemar pada tahun ini.

Beliau turut menggesa pelanggan di bazar Ramadan agar segera menegur penjaja makanan yang tidak mengamalka­n pengurusan pembersiha­n yang baik seperti berpakaian kotor, persekitar­an tercemar dan sebagainya.

 ??  ?? IBRAHIM (tengah) mengambil sampel murtabak pada sesi lawatan di Bazar Bandar Tun Razak, semalam.
IBRAHIM (tengah) mengambil sampel murtabak pada sesi lawatan di Bazar Bandar Tun Razak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia