Harian Metro

BANGLO AYAT PEMANIS

- Nur Saliawati Salberi nursaliawa­ti@hmetro.com.my

 Sindiket Macau Scam beroperasi di kawasan perumahan elit diserbu polis

Melaka

Beroperasi dari sebuah banglo di kawasan perumahan elit antara modus operandi sekumpulan ahli sindiket bagi menyukarka­n aktiviti mereka daripada dihidu pihak berkuasa.

Dalam serbuan di banglo mewah berkenaan di Ayer

Keroh, di sini, jam 1.50 tengah hari, Jumaat lalu, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial

(JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, menahan 26 individu disyaki ahli sindiket penipuan terbabit.

Hasil pemeriksaa­n dalam banglo berkenaan, polis turut menemui fail mengandung­i skrip ayat ‘pemanis’ dalam bahasa Mandarin, yang perlu dihafal oleh ahli sindiket terbabit untuk memperdaya­kan mangsa.

Difahamkan, ketika serbuan dilakukan 25 individu warga asing sedang sibuk menghubung­i mangsa yang disasarkan sehingga tidak sedar pusat panggilan mereka sudah diserbu polis.

Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Ruslan Hassan berkata, turut ditahan seorang lelaki warga tempatan dan semua suspek berusia antara 18 dan 51 tahun.

“Warga asing ditahan membabitka­n 21 individu berasal dari China dengan 12 suspek adalah wanita dan selebihnya lelaki. Empat lagi suspek termasuk seorang wanita pula mengaku berasal dari Taiwan.

“Siasatan awal dilakukan mendapati mereka sudah beroperasi di negeri ini sejak tiga bulan lalu dengan menjadikan banglo disewa sebagai pusat panggilan,” katanya pada sidang media di IPK Melaka, Bukit Beruang, semalam.

Ruslan berkata, semakan dilakukan mendapati semua 25 suspek warga asing itu masuk ke negara ini secara sah menggunaka­n pas pelancong, namun menyalahgu­nakan kebenaran diberikan dengan terbabit dalam aktiviti jenayah.

Menurutnya, hasil kejayaan itu IPK Melaka yakin dapat menyelesai­kan lebih 100 kes penipuan Macau Scam yang dilaporkan di negeri ini.

“Kami yakin suspek dapat bantu selesaikan 48 kes dilaporkan tahun lalu. Manakala 52 lagi kes adalah bagi tempoh Januari hingga bulan lalu (April) yang keseluruha­n membabitka­n kerugian berjumlah RM13,399,985.

“Sindiket ini dikesan menggunaka­n kemudahan Voice Over Internet Protocol (VoIP) untuk menyamar sebagai pegawai bank, pegawai mahkamah atau pegawai polis sebelum memperdaya­kan mangsa agar membuat pemindahan sejumlah wang,” katanya.

Menurutnya, antara barangan yang dirampas dipercayai digunakan sindiket adalah dua komputer riba, 16 telefon talian tetap, 21 unit telefon bimbit,16 modem dan wang tunai berjumlah RM2,100.

Beliau berkata, semua 26 suspek kini direman empat hari sehingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? BARANGAN yang dirampas daripada sindiket selepas serbuan dilakukan.
BARANGAN yang dirampas daripada sindiket selepas serbuan dilakukan.
 ?? Ruslan Hassan ?? Kami yakin suspek dapat bantu selesaikan 48 kes dilaporkan
tahun lalu
Ruslan Hassan Kami yakin suspek dapat bantu selesaikan 48 kes dilaporkan tahun lalu
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia