Harian Metro

Seni bidai merawan

- Nazdy Harun am@hmetro.com.my

Lihat mudah tetapi untuk membuat sebidang bidai kayu memerlukan kemahiran tinggi bagi memperliha­tkan kekemasan kerja tangan berkenaan.

Pengusahan­ya, Mohd Syamsuddin Embong, 43, berkata, dia mewarsi pembuatan bidai daripda arwah abangnya sejak 37 tahun lalu dan kerja tangan itu perlu dipertahan­kan selain kini menerima sambutan dalam kalangan pengguna.

Menurutnya yang juga satu-satunya pembuat bidai kayu secara manual di negeri ini berkata, selepas abang sulungnya, Mohd Nasir meninggal dunia menyebabka­n abang kedua, Mohd Gharif mengambil alih perusahaan terbabit.

Katanya, abang ketiganya, Mohd Zubir meneruskan perusahaan itu sambil dibantunya apabila abang keduanya meninggal dunia, sebelum dia sendiri mengambil alih semua usaha membuat bidai berkenaan selepas abangnya itu meninggal dunia lima bulan lalu.

“Menggunaka­n kayu jenis merawan, proses membelah kayu dalam saiz yang lebih kecil dan nipis akan dilakukan sebelum kerja menjalin kayu untuk menjadi bidai dilakukan dengan menggunaka­n benang pukat yang dijadikan tali.

“Setiap bidai yang dijalin akan diikat dengan pemberat bagi mengemaska­n lagi ikatan antara kayu berkenaan selain memudahkan bidai digulung selepas dipasang,” katanya yang menjalanka­n perusahaan itu di Kampung Ladang Sekolah, di sini.

Menurutnya, bidai berkenaan dijual dengan harga RM8 hingga RM10 setiap kaki persegi dan biasanya ukuran dibuat mengikut tempahan pelanggan dan dia kini mempunyai lima pekerja terdiri daripada saudara-maranya sendiri berusia 21 hingga 31 tahun.

Katanya, mereka mampu menyiapkan dua unit bidai sehari mengikut saiz yang ditempah mengikut kesesuaian dan kehendak pelanggan.

Syamsuddin berkata, sejak dia mengambil alih perusahaan itu pada 2008 bersama abangnya dan pernah bidai yang dibuatnya dibawa pulang oleh pelancong Belanda ke negaranya.

“Semua kerja dibuat menggunaka­n tangan sepenuhnya bagi menjamin kualiti dan ketahanan bidai yang dibuat dan selepas sesebuah bidai siap ia akan melalui proses mengecat bagi mengindahk­an lagi sesebuah bidai buatan tangan.

“Industri pembuatan bidai dilihat mampu bertahan oleh itu saya melatih dan mengupah pekerja muda bagi mengelak perusahaan berkenaan terus berkubur selain berharap pihak Kraftangan Malaysia khasnya menjaga warisan berkenaan kerana bimbang boleh pupus sekiranya tidak diketengah­kan,” katanya.

Menurut Syamsuddin, pembuatan bidai kayu secara tradisiona­l kini dihambat dengan pembuatan bidai kayu yang menggunaka­n mesin sepenuhnya dan sekiranya tidak dipertahan­kan ia boleh terhapus dalam sekelip mata.

Katanya, walaupun dilihat senang untuk membuat sesebuah

 Pembuat bidai kayu secara manual bangga hasil kerja dibeli warga Belanda

bidai, namun tanpa kepakaran dan peralatan betul boleh mengakibat­kan sesebuah bidai yang dibuat akan bengkok dan tidak tepat.

 ?? Mohd Syamsuddin ?? BIDAI yang siap dijalin akan dicat. Setiap bidai yang dijalin akan diikat dengan pemberat bagi mengemaska­n lagi ikatan antara kayu berkenaan” TIN berisi simen yang dijadikan pemberat.
BIDAI yang siap dipasang.
Mohd Syamsuddin BIDAI yang siap dijalin akan dicat. Setiap bidai yang dijalin akan diikat dengan pemberat bagi mengemaska­n lagi ikatan antara kayu berkenaan” TIN berisi simen yang dijadikan pemberat. BIDAI yang siap dipasang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia