Harian Metro

Maut dilibas

- Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@hmetro.com.my

 Warga asing cuba cabul gadis 17 tahun meninggal dunia ditetak bapa saudara mangsa

Seorang lelaki warga asing yang cuba mencabul anak saudara rakan sekerjanya berusia 17 tahun maut ditetak dengan parang di Ladang Menggaris, Benta Wawasan, Kalabakan, dekat sini.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi Jumaat lalu, mangsa, Yakobus Bala, 38, buruh ladang parah akibat ditetak bertalu-talu.

Mangsa disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku ketika gadis terbabit sedang menyiram pokok bunga di ladang berkenaan.

Beliau berkata, Yakobus tiba-tiba muncul sebelum menyerkup kepala remaja itu dengan guni lalu memeluknya.

“Gadis itu kemudian melawan dan berjaya melepaskan diri. Dia sempat melihat wajah penyerang yang dikenaliny­a sebagai Bala sebelum menjerit meminta pertolonga­n bapa saudaranya.

“Bapa saudara mangsa yang berada berhampira­n lokasi kejadian mengejar Yakobus yang melarikan diri ke kawasan Ladang Menggaris.

“Berlaku pergelutan sebelum lelaki itu menetak kaki Yakobus parang menyebabka­n dia rebah dan tidak sedarkan diri.

“Dalam pergelutan itu mangsa turut dilibas di perut oleh penyerangn­ya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, mangsa yang ditemui tertiarap dalam keadaan berlumuran darah dibawa ke Hospital Tawau sebelum disahkan meninggal dunia.

“Bapa saudara gadis itu berusia 42 tahun ditahan pengawal keselamata­n di ladang berkenaan sebelum diserahkan kepada polis.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

 ??  ?? MANGSA yang ditemui tertiarap berlumuran darah di Ladang Menggaris, Benta Wawasan, Kalabakan.
MANGSA yang ditemui tertiarap berlumuran darah di Ladang Menggaris, Benta Wawasan, Kalabakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia