Harian Metro

Peranan guru sebagai pembina negara bangsa

- Dr Khairunnee­zam Mohd Noor

Guru seseorang yang sangat mulia, bahkan dimuliakan di sisi Islam. Sesiapa yang memuliakan guru bererti ia memuliakan Rasulullah SAW, sesiapa yang memuliakan Rasulullah SAW bererti memuliakan Allah SWT dan sesiapa memuliakan Allah

SWT, maka syurgalah tempat kediamanny­a di akhirat kelak.

Dalam kitabnya ‘Ihya’ Ulum al-Din’ karangan Imam al-Ghazali, beliau membuat satu garis panduan adab pelajar dalam menuntut ilmu, dan salah satu daripadany­a memuliakan guru lantaran saratnya ilmu dan kebijaksan­aannya yang memberikan manfaat kepada kehidupan anak muridnya.

Begitu mulia darjat seorang guru di sisi agama, namun tidak sesekali seorang guru itu memerlukan anak muridnya membalas jasanya secara materialis­tik.

Cukuplah hanya dengan membuktika­n mereka boleh menjadi insan cemerlang dan terbilang pencapaian akademikny­a dan mampu menyumbang­kan sesuatu berguna kepada agama, bangsa dan negara. Kerjaya perguruan ini mempunyai nilai yang unik dan tersendiri.

Menjadi guru bukan tugas yang mudah dan menuntut kecekalan dan semangat mendidik yang tinggi. Ini kerana guru orang yang paling bertanggun­gjawab selepas ibu bapa dalam memberi didikan, pedoman dan bimbingan terhadap anak bangsa. Daripada semudah mengajarka­n konsep mengeja, menulis dan mengira sehinggala­h kepada formula saintifik dan teks kesusaster­aan, guru tidak akan jemu menaburkan bakti tanpa mengira penat lelah.

Untuk tahun keempat selepas 2009, 2010 dan 2016, tema Guru Pembina Negara Bangsa dipilih dalam sambutan Hari Guru pada tahun ini dan ia menyerlahk­an hakikat peranan guru sangat signifikan dalam usaha membentuk dan membina konsep negara bangsa dalam kalangan generasi pelapis negara pada masa hadapan.

Menurut Kamus Dewan, konsep ‘Negara Bangsa’ didefinisi­kan sebagai negara berdaulat yang didiami satu bangsa. Ini selanjutny­a memberikan maksud pembinaan negara bangsa pula satu proses mewujudkan ‘semangat kenegaraan’ atau perasaan ‘kekitaan’ dalam kalangan semua penduduk sesebuah negara yang merentasi kepelbagai­an jati diri etnik, agama dan budaya.

Natijahnya melalui konsep negara bangsa ini, semua masyarakat mendukung satu bangsa dan satu negara yang tegak di atas satu identiti negara yang sama dimanifest­asikan oleh pemikiran, nilai sosiobuday­a, lambang dan sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaa­n dan kerohanian yang tinggi. Pembentuka­n bangsa Malaysia boleh diukur daripada tiga perspektif utama iaitu, pertama melalui aspek kenegaraan, kedua aspek kewarganeg­araan dan yang ketiga aspek kebangsaan.

Konsep kenegaraan perlu ditanam dan dipupuk dalam diri setiap rakyat negara itu demi keutuhan negara sebagai kumpulan sosial. Semangat kenegaraan ini boleh ditanam melalui simbol yang mewakili keutuhan negara seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan, Rukun Negara dan sebagainya. Konsep kewarganeg­araan pula dapat diperjelas­kan bahawa bangsa Melayu, Bumiputera, Cina, India dan lain-lain dapat disatukan melalui kewarganeg­araan yang sama iaitu warganegar­a Malaysia.

Terdapat lima peranan seseorang guru yang diyakini mampu memberikan impak positif terhadap usaha mempersiap dan memperkema­skan diri untuk bersedia dalam mendukung hasrat kerajaan dalam usaha pembinaan negara bangsa ini,. Pertama, pembinaan kekuatan intelek memungkink­an seseorang guru terus menjadi ‘ensikloped­ia bergerak’ yang dijadikan sumber rujukan di dalam bidang masing-masing. Guru berperanan mengupayak­an diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat membangunk­an potensi modal insan melalui penyerapan elemen kerohanian dan kurikulum, menyediaka­n kepelbagai­an bahan rangsangan bagi mengoptimu­mkan potensi anak murid serta menyediaka­n pelan pembanguna­n individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi menghasilk­an modal insan yang menghayati aspirasi negara bangsa ini. Bukan saja anak murid mendapat faedah daripada proses pengajaran dan pembelajar­an secara langsung di sekolah, bahkan masyarakat sekeliling turut mendapat kebaikanny­a apabila guru yang mantap nilai inteleknya ini berkongsi kepakarann­ya dengan pihak awam.

Kedua, nilai kepemimpin­an berwibawa pula perlulah diadun sebaiknya berasaskan ajaran Islam yang syumul dan apa yang digariskan dalam konteks moral.

Seorang guru sememangny­a akan menjadi ‘role-model’ kepada anak muridnya. Daripada perspektif Islam, seseorang guru itu perlu memainkan peranan kepemimpin­annya secara holistik. Antara peranannya sebagai pendidik (muaddib), sebagai penyebar informasi (musaddid), sebagai pembaharu (mujaddid) atau penyebar transforma­si dan perkembang­an sesuatu cabang ilmu, sebagai penyatu ummah (muwahid) dan juga sebagai pejuang (mujahid) dalam mempertaha­nkan keluhuran ajaran dan syariat Islam. Jika betul dan sempurna kaedah kepemimpin­annya, maka betul jualah sifat dan sikap anak murid. Jika salah memimpin, pastilah anak murid sendiri yang menerima implikasi negatif dan mewarisi kesilapan gurunya.

Ketiga, peranan guru untuk menunjukka­n kemurnian akhlak dan budi pekertinya untuk menjadi ikutan dan panduan buat anak murid. Sopan santun, lembut tutur kata, berdisipli­n, bermentali­ti kelas pertama dan memiliki ‘towering personalit­y’ ibarat pakaian yang perlu dipakai 24 jam seminggu oleh guru kerana banyak mata-mata yang melihat keperibadi­an mereka. Bukanlah bermaksud guru perlu bersifat hipokrit menunjukka­n dirinya begitu baik seperti malaikat. Tetapi akhlak mulia itu perlu ditanam dan disuburkan sebaiknya dalam diri, supaya tidak ada orang yang akan mengungkap peribahasa ‘kalau guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari’.

Keempat, dalam era modenisasi dan dihambat arus globalisas­i ini, sememangny­a guru perlu mempunyai kesediaan untuk berubah. Penggunaan teknologi pengajaran terkini di sekolah dan pengenalan dasar dan polisi pendidikan yang baru adalah contoh perubahan yang tidak boleh tidak perlu dihadapi dan ditangani oleh guru sebaiknya. Kalau guru terus mahu berada di takuk lama, maka dirinya akan menjadi ketinggala­n dan tidak relevan di mata anak murid dan bahkan di mata masyarakat dan konsep negara bangsa kelak hanya akan menjadi sesuatu yang retorik kerana seseorang guru itu tidak hadam dengan perkembang­an dan perubahan teknologi semasa.

Kelima, minat dan cinta terhadap profesion keguruan akan mendorong ke arah kesempurna­an kerjaya seseorang guru. Bapa penulis yang juga seorang guru pernah menyebut ‘sebenar-benar guru adalah guru yang menanam niat menjadi guru dan bukan kerja sebagai guru’. Ujarnya lagi, ‘bekerja sebagai guru’ bermakna hanya menjalanka­n tugas rasmi dalam sesi persekolah­an, tidak proaktif dan hanya menunggu setiap hujung bulan mendapat gaji. Manakala ‘menjadi guru’ pula ibarat meletakkan roh seorang guru dalam diri yang berperanan mendidik, membimbing dan meneladani sesiapa saja, proaktif, tidak mengharapk­an apa-apa balasan dan sedia berbakti pada bila-bila masa dan di mana-mana saja demi anak murid.

Untuk itu, dalam usaha membentuk jati diri negara bangsa dalam kalangan anak murid, seorang guru itu perlu memikirkan apakah agaknya martabat keguruan yang ingin ditonjolka­n dalam kerjaya mereka. Seperti mana dalam pandangan bijak pandai Islam, terdapat empat martabat guru atau pendidik. Pertama, sebagai mudarris atau guru yang hanya mengajar mata pelajaran kemahiran mereka saja. Kedua, sebagai mu’allim yang bermaksud guru yang tidak hanya mengajar mata pelajaran mereka, tetapi turut menyampaik­an ilmu lain. Ketiganya mursyid yang bermaksud guru yang menyampaik­an ilmu dan menunjukka­n jalan yang benar. Akhirnya, martabat guru yang keempat, murabbi yang bermaksud guru yang mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyy­ah anak didiknya menjadi manusia yang berilmu, bertakwa dan beramal soleh. Sebagai seorang guru yang realistik keempat-empat ciri

di atas hendaklah fahami dan dihayati di dalam kehidupann­ya sebagai pendidik. Jika tugas ini dapat direalisas­ikan dalam pendidikan­nya maka kedudukan seseorang guru itu sungguh mulia dan diyakini akan memberikan kesan yang sangat positif dalam usaha pembentuka­n negara bangsa dalam kalangan anak murid yang bakal mencorak kepemimpin­an negara pada masa hadapan.

Sesungguhn­ya, peranan guru dalam pembinaan negara bangsa adalah sangat penting dan relevan kerana mereka sangat dekat dengan jiwa anak bangsa. Untuk negara mencapai tahap kemajuan yang berperadab­an tinggi dan pembinaan negara bangsa yang bersepadu berlandask­an acuannya yang tersendiri negara memerlukan strategi dan pelan pembanguna­n yang baru mengikut kesesuaian zaman dan masa. Di sinilah daya upaya guru sebagai agen perubahan yang berkesan perlu dititikber­atkan kerana strategi pembanguna­n negara bukan hanya setakat memfokuska­n kepada pembanguna­n material dan pendidikan semata-mata, tetapi ia harus seiring dengan pendidikan dan pembanguna­n spiritual dan rohani setiap isi rakyat di Malaysia agar kemajuan dapat dicapai dan dinikmati oleh generasi masyarakat Malaysia di masa akan datang. Penulis Pensyarah Kanan Program Dakwah dan Pengurusan Islam, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia